Apakah Kluster Hujung Pasir, Kluster Lestari, Kluster Desa Idaman, Kluster Tapak Bina Rimbun, Kluster Tanjung Suria dan Kluster Kuala?

Apakah Kluster Hujung Pasir, Kluster Lestari, Kluster Desa Idaman, Kluster Tapak Bina Rimbun, Kluster Tanjung Suria dan Kluster Kuala?


Terdapat empat (6) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah dikenal pasti pada hari ini, Ahad 13 Disember 2020 iaitu;

1. KLUSTER HUJUNG PASIR


 

Kluster ini berkaitan dengan tempat kerja dan melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82138) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19.

2. KLUSTER LESTARI


 

Kluster ini berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi yang melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang di Selangor serta daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74963) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER DESA IDAMAN


 

Kluster berkaitan dengan keagamaan ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78315) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA RIMBUN


 

Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 206 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19.

5. KLUSTER TANJUNG SURIA


 

Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan dua (2) buah kilang. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 8,480 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER KUALA


 

Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di negeri Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78483) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/enam-6-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-13122020


Post a Comment

Previous Post Next Post