Apakah Kluster Malawati dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah?

Apakah Kluster Malawati dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah?


Terdapat dua (2) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah dikenal pasti pada hari ini, Isnin 7 Disember 2020 iaitu;

1. KLUSTER MALAWATI


 

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Selangor di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-65188) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Disember 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA AWAN LEMBAH


 

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Klang di negeri Selangor. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-69722 dan kes ke 71992) telah dilaporkan positif COVID-19 sejak 4 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan saringan kendiri. Kedua-dua kes indeks adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 7 Disember 2020, sejumlah 441 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/dua-2-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-07122020


Post a Comment

Previous Post Next Post