Apakah Kluster Seruling dan Kluster Tapak Bina Darul?

Apakah Kluster Seruling dan Kluster Tapak Bina Darul?


Terdapat dua (2) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah dikenal pasti pada hari ini, Selasa 8 Disember 2020 iaitu;

1. KLUSTER SERULING


 

Kluster ini melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling di negeri Selangor. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula 4 Disember 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 8 Disember 2020, sejumlah 2,267 individu telah disaring, di mana 109 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA DARUL


 

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor; serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak pembinaan. Sehingga 8 Disember 2020, sejumlah 240 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/dua-2-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-08122020




Post a Comment

Previous Post Next Post