Apakah Kluster Tapak Bina Jalan Bukit, Kluster Tapak Bina Condong, Kluster Tapak Bina Jalan Stadium, Kluster Jalan Dalam dan Kluster Tenun Merah?

Apakah Kluster Tapak Bina Jalan Bukit, Kluster Tapak Bina Condong, Kluster Tapak Bina Jalan Stadium, Kluster Jalan Dalam dan Kluster Tenun Merah?


Terdapat lima (5) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah dikenal pasti pada hari ini, Khamis 10 Disember 2020 iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN BUKIT


 

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke 67596) merupakan pekerja di sebuah tapak binaan, telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Berikutan kes positif tersebut, pihak syarikat telah menjalankan saringan bersasar di tempat kerja di mana 46 lagi kes dikesan positif COVID-19. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA CONDONG


 

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 291 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA JALAN STADIUM


 

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN DALAM


 

Kluster ini melibatkan daerah Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-74278) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TENUN MERAH


 

Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-74273) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.



Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/lima-5-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-10122020


Post a Comment

Previous Post Next Post