Panduan Guru Uruskan Pelbagai Dokumen Peribadi di Sekolah

Panduan Guru Uruskan Pelbagai Dokumen Peribadi di Sekolah


Perkongsian daripada Cikgu Giyong Nor Muhamad


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kerjaya cikgu ni memang banyak berurusan dengan kertas kan. So, saya kongsikan Cara Uruskan Dokumen Peribadi.

Saya buat 5 fail.


1. Buku Pengurusan Sekolah.

Saya leraikan, tebuk lubang & letak divider. Senang rujuk & simpan di rak.


2. Minit Mesyuarat.

Setiap unit biasanya meeting 4 kali setahun. Then, ada juga meeting untuk program dll. Kalau ada minit, edaran bahan & senarai ajk, simpan je di sini.


3. Buku Program/ Brosur.

Sekolah memang banyak aktiviti. Buat satu fail untuk simpan buku program / brosur. (Highlight nama & tugas cikgu)


4. Surat.

Setiap kali terima surat lantikan tugas, panggilan mesyuarat dll, terus simpan dalam fail ni. Senang nak cari & rujuk.


5. Sijil. 

Untuk simpan semua sijil sepanjang tahun.


Untuk fail 3, 4 & 5 tu, saya guna folder plastik. Jangan tebuk lubang pada dokumen. Fail juga saya tak label tahun, so boleh reuse, jimat.

Then, hujung tahun, keluarkan semua dan masukkan dalam fail 3 inci. Label sebagai Fail Arkib. Secara tak sedar inilah fail PBPPP cikgu. Segala aktiviti & senarai tugas sepanjang tahun ada di sana.







Sumber :

https://www.facebook.com/groups/890715987613785/permalink/4050284844990201/

Post a Comment

Previous Post Next Post