PASTI Tangguh Operasi Fizikal Sehingga 4 Februari 2021

PENANGGUHAN PENGOPERASIAN (SECARA FIZIKAL) PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) SELURUH NEGARA BERKUATKUASA 20 JANUARI 2021 SEHINGGA 4 FEBRUARI 2021


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian bersama Jabatan PASTI Malaysia pada malam ini membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN PENGOPERASIAN PASTI (SECARA FIZIKAL) di seluruh Malaysia berkuatkuasa mulai 20 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.


Keputusan besar dan berat saat-saat akhir ini dibuat berdasarkan empat faktor berikut:


1. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia di majoriti negeri di Malaysia;


2. Perkembangan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat;


3. Penularan wabak COVID-19 yang makin berleluasa;


4. Keutamaan untuk memelihara nyawa berbanding keutamaan lain menurut maqasid syariah. 


Walaubagaimanapun, operasi pembelajaran PASTI akan diteruskan melalui pembelajaran secara atas talian atau rakaman audio visual atau melalui pengedaran bahan pembelajaran bercetak atau mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP. 


Keputusan ini akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini wabak COVID-19 dan arahan Kerajaan Malaysia.


Semoga keputusan yang besar ini dapat membantu usaha Kerajaan Malaysia melandaikan lekuk jangkitan dan membendung penularan COVID-19. 


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan PASTI Malaysia turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan pihak-pihak yang berkaitan atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kepercayaan anda kami hargai. 


YB SENATOR IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).


Bertarikh: 19 Januari 2021.






#KitaMasihBelumMenang

#KitaMestiMenang

#KitaJagaKita

#PatuhiSOP


https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1386038338398157/?d=n



Sumber :

https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1386038338398157/


Post a Comment

Previous Post Next Post