PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DPPM DI KAWASAN PKP, PKPB DAN PKPP 2021

PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DPPM DI KAWASAN PKP, PKPB DAN PKPP 2021


Alhamdulillah. Setelah mengambil kira semua faktor dan perbincangan di peringkat Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM dan Jawatankuasa Harian DPPM, maka keputusan berikut telah dipersetujui:


1️⃣ PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)

✅ Semua PASTI di seluruh negara akan beroperasi secara bersemuka dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.


2️⃣ SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI)

✅ SRITI di kawasan PKPB dan PKPP akan beroperasi secara bersemuka dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.


⚠️ SRITI di kawasan PKP akan beroperasi melalui Kelas Online sepanjang tempoh PKP, kecuali dimaklumkan sebaliknya dari masa ke semasa.


3️⃣ SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SMITI)

✅ SMITI di kawasan PKPB dan PKPP akan beroperasi secara bersemuka dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.


⚠️ SMITI di kawasan PKP akan beroperasi melalui Kelas Online sepanjang tempoh PKP, kecuali dimaklumkan sebaliknya dari masa ke semasa.


Maklumat lanjut akan diperincikan melalui Pekeliling daripada PASTI Malaysia, SRITI Malaysia dan SMITI Malaysia.


Doakan semoga 2021 lebih baik buat kita semua. Lebih utama bersama patuhi SOP agar kita dapat membendung pandemik COVID-19. 


#PatuhiSOP #SektorPendidikan #ALLAHJagaKita


Muhtar Suhaili As-Sarawaki,

Ketua Sektor Pendidikan,

Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM.


https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1381623332172991/?d=n







Sumber :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1381623332172991&id=100009760117468


Post a Comment

Previous Post Next Post