Panduan cara download atau muat turun Senarai ID DELIMa murid lengkap dengan tahun dan nama kelas
Panduan ini khas untuk admin DELIMa sekolah yang ingin memuat turun fail excel atau csv yang mengandungi ID DELIMa murid sekali dengan tahun dan nama kelas.
1. Pilih UserId & Password di dalam ruangan Menu Sekolah DELIMa (gambar di bawah)
2. Pilih Senarai Pengguna Sekolah.
Peringatan ! Jangan download Senarai Murid melalui Reset Password kerana fail itu tidak mengandungi tahun dan kelas murid.
3. Klik 3 titik
4. Download fail pilihan.
Jika ingin buka menggunakan Microsoft Excel sila pilih Download CSV. Jika ingin buka menggunakan Google Sheet, pilih Export to Sheets.
Selepas membuka fail CSV menggunakan Microsoft Excel, pastikan guru menyimpan SAVE AS fail dalam format xlsx iaitu format Microsoft Excel. Jangan simpan dalam format CSV.
Semoga bermanfaat.