ISU “SEREMBAN, SELANGOR”, BAHAGIAN PENYIARAN JAKIM MOHON MAAF

ISU “SEREMBAN, SELANGOR”, BAHAGIAN PENYIARAN JAKIM MOHON MAAF



Bahagian Penyiaran, JAKIM ingin menyatakan permohonan maaf atas kesilapan memaparkan nama tempat “Seremban, Selangor” dalam rancangan Anda Musykil yang diterbitkan oleh JAKIM secara siaran langsung di TV1 pada 27 Mei 2021. Kesilapan ini telah diakui oleh Pembantu Penerbit Rancangan yang mengendalikan panggilan telefon daripada penonton dalam rancangan tersebut. 


Bahagian Penyiaran JAKIM merasa kesal dengan perkara tersebut dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi dalam setiap rancangan televisyen yang diterbitkan oleh JAKIM.


Bahagian Penyiaran JAKIM juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sikap keprihatinan dan sokongan masyarakat dalam rancangan agama yang diterbitkan oleh JAKIM sama ada di televisyen mahupun radio.


Sekian, terima kasih.



Sumber :

https://www.facebook.com/155056204544957/posts/4274372795946590/


Post a Comment

Previous Post Next Post