Ini jawapan Menteri Pendidikan berikutan kegusaran pengambilan guru one-off tidak mengutamakan graduan pendidikan

Ini jawapan Menteri Pendidikan berikutan kegusaran pengambilan guru one-off tidak mengutamakan graduan pendidikan

Saya dapati ada luahan kegusaran dalam ruangan komen FB berkaitan pengumuman pengambilan guru secara one-off. Luahan tersebut menggambarkan seolah-olah ambilan guru secara one-off ini tidak mengutamakan graduan pendidikan.





Sebenarnya, saya telah jelaskan semasa sidang media semalam bahawa graduan pendidikan akan diberikan keutamaan dalam pengambilan khas ini. Ia tertakluk kepada mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam semua tapisan yang akan dilaksanakan.


Sekiranya calon berjaya dalam kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen, maka urusan pengambilan akan diperluaskan kepada graduan bukan pendidikan, tertakluk kepada kesesuaian. 


Boleh rujuk penjelasan saya semalam dalam video ini.

https://fb.watch/6gk7If0F3L/

#MenangBersama




Sumber :

https://fb.watch/6gk7If0F3L/


Post a Comment

Previous Post Next Post