Jom semak arah kiblat Jumaat, 16 Julai 2021

Jom semak arah kiblat Jumaat, 16 Julai 2021

Dipetik daripada FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FENOMENA ISTIWA A'DZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT



Pada 16 Julai 2021, Jumaat bersamaan 6 Zulhijjah 1442H - 5:28 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A'dzam.


Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.


Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.


Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.


(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).


Sumber :

https://www.facebook.com/423534687786516/posts/2159870024152965/

Post a Comment

Previous Post Next Post