Selangor, KL dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 PPN dan boleh rentas antara negeri Lembah Klang mulai 10 September 2021
Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan berita gembira buat warga Lembah Klang.
Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.
Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2.
Peralihan fasa ini akan berkuatkuasa pada 10 September 2021. Bukan itu sahaja, pergerakan antara tiga buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dibenarkan tanpa sekatan jalanraya.
Tahniah warga Lembah Klang. Terus patuhi SOP
Sumber :
https://www.facebook.com/350525301281/posts/10160220650476282/