Kenyataan media KPM isu guru akan dihukum jika berleter terhadap murid

Kenyataan media KPM isu guru akan dihukum jika berleter terhadap murid

Saya kongsikan kenyataan media KPM berhubung laporan portal berita bertajuk "Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid". 


Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut.


KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang" dalam mana-mana dokumen rasmi KPM. 


Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.


Mohon jasa baik sahabat semua kongsikan-kongsikan penjelasan ini.







Sumber :

https://www.facebook.com/100044614441819/posts/442647313899080/


Post a Comment

Previous Post Next Post