IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-660: HUKUM MENYOKONG KELAB BOLA SEPAK YANG MENGIKTIRAF LGBT
SOALAN:
Sepertimana kita tahu, banyak kelab bola sepak antarabangsa sekarang yang mengiktiraf LGBT. Apakah hukum kita masih menyokong kelab-kelab tersebut? Adakah kita dikira mengiktiraf juga LGBT secara tidak langsung?
RINGKASAN JAWAPAN
Tidak menjadi satu kesalahan untuk meminati mana-mana kelab bola sepak yang menyatakan solidariti, atau kelab yang berkempen ke arah normalisasi LGBT, jika menyokong kelab-kelab tersebut sekadar untuk hiburan atas dasar mereka sebagai pasukan bola sepak. Adapun sikap mereka berkenaan isu LGBT atau hal-hal lain, maka itu berada di luar bidang kuasa kita. Maka sekadar minat kepada kelab tersebut tidak termasuk dalam kerjasama atau tolong-menolong ke arah kemaksiatan yang dilarang oleh syarak.
Namun, dalam kita menyokong kelab bola sepak yang diminati, hati kita mestilah disertai dengan rasa tidak redha dengan kempen mempromosi LGBT yang dijalankan itu. Selain itu, kita juga dilarang untuk memakai jersi yang mempunyai simbol sokongan terhadap gerakan LGBT seperti simbol pelangi pada lengan jersi, dan dilarang juga untuk mengongsikan hantaran-hantaran di media sosial yang mempromosi amalan LGBT, kerana ia juga termasuk dalam kategori berkempen ke arah kemaksiatan.
Baca selanjutnya pada pautan berikut: https://bit.ly/3qrXp5t
Sumber :
https://www.facebook.com/100044618581014/posts/463938005103482/