Terkini Dividen dan Bonus ASB2 2022

Dividen ASB2 2022 dan ASM 2022 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022.


ASB 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM514.5 juta, bersamaan 4.30 sen seunit kepada 481,030 pemegang unit yang kini memiliki 11.96 bilion unit, dan ASM mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM883.5 juta, iaitu bersamaan 4.00 sen seunit kepada 567,904 pemegang unit dengan pegangan 22.09 bilion unit.


Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB bagi kedua-dua dana tersebut telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 31 Mac 2022 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 April 2022.







Kenyataan akhbar, layari https://asnb.my/KAMac22


Sumber :

https://www.facebook.com/413717745430066/posts/2439038509564636/


Post a Comment

Previous Post Next Post