Dividen dan Bonus ASB 2022

Dividen dan Bonus ASB 2022

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.


Pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.


Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.








Sumber:

https://www.facebook.com/413717745430066/posts/pfbid02hPqwvvxHosYmH9ChTUBfRcDnUaXsiuYrJAV6ps565V6d2XrYmSphFFzdC6KAdbpkl/?mibextid=Nif5oz


Post a Comment

Previous Post Next Post