Papan Pemotong Yang Tidak Sesuai Digunakan

PAPAN PEMOTONG YANG TIDAK SESUAI DIGUNAKAN


1. Pecah dan Retak

i- Papan pemotong yang berasingan hendaklah digunakan bagi makanan mentah dan makanan yang telah dimasak. Ini adalah untuk mengelakkan pencemaan silang.

ii- Pencemaran silang merujuk kepada pemindahan bakteria merbahaya dari peralatan yang kotor kepada makanan.

iii- Penggunaan kerap satu papan pemotong boleh menyebabkannya pecah dan retak.


2. Berubah Warna

i- Penggunaan papan pemotong yang BERBEZA WARNA adalah digalakkan bagi fungsi yang berbeza.

ii- Hendaklah ditukar dengan segera jika terdapat permukaan yang tidak rata, kasar atau berubah warna.


3. Kesan Hitam Yang Kekal 

i- Lakukan pencucian dengan bahan pencuci, bilas, sanitasi dan keringkan setiap kali selepas penggunaan.

ii- Kesan hitam adalah disebabkan oleh pengumpulan sisa kotoran daripada sisa pembersihan yang tidak sempurna. Ia akan menjadi tempat pembiakan bakteria.

iii- Hendaklah diTUKAR dengan segera jika kesan hitam masih kekal walaupun pencucian telah dilaksanakan.


4. Papan Pemotong Kayu

i- Elakkan penggunaan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu kerana ianya sukar untuk dibersihkan dan dikeringkan.

ii- Kayu yang lembab atau tidak kering sempurna merupakan tempat pembiakan bakteria manakala serpihan kayu yang terpotong boleh mencemarkan makanan.


5. Papan Pemotong Dibalut

i- Elakkan menggunakan papan pemotong yang dibalut dengan plastik 'cling wrap' kerana boleh menyebabkan PENCEMARAN FIZIKAL daripada cebisan plastik 'cling wrap' yang terpotong.  



Kredit : Bkkm Jkn Perak



Sumber:

https://www.facebook.com/100064812573809/posts/pfbid06gnnxNaB9bqvgUXHh3yYuuu8hxQsdiAbTmimkhpYS6tzWqEUkCT79U2wUYKM2kK2l/?mibextid=Nif5oz



Post a Comment

Previous Post Next Post