Senarai Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016 - 2021

Senarai Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016 - 2021



{tocify} $title={Senarai Kandungan}

 

Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) TAHUN 2016

2016 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Intelligent Drilling System (iCWD)
ORGANISASI : Technology Park Malaysia
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Alat penggerudi yang dapat meningkatkan pembersihan tiub telaga minyak.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Razis Ahmad


2016 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Tiger Milk Mushroom
ORGANISASI : Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Produk berasaskan cendawan susu harimau dirumus khas untuk kanak- kanak untuk meningkatkan imuniti, pernafasan, menguatkan tulang, menggalakkan otak dan kesihatan kognisi.
KETUA/WAKIL PROJEK : Puan Ng Szu Ting


2016 Anugerah Usahasama Penyelidikan & Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Racun Clearfield Onduty dan Benih Beras CL1 & CL2
ORGANISASI : Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
JENIS ORGANISASI : Insitut Penyelidikan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Pengkomersialan jenis benih padi CL1 dan CL2 serta racun on duty.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Asfaliza Binti Ramli


2016 Anugerah Usahasama Penyelidikan & Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : 1 Day Full Dentures
ORGANISASI : Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
JENIS ORGANISASI : Insitut Penyelidikan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Inovasi dalam proses pembuatan gigi palsu yang dapat mengurangkan prosedur kritikal, temujanji pesakit dan juga tempoh penghasilan gigi palsu.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Tay Keng Kiong


2016 Anugerah Usahawan Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : CAISER (Computer Assisted Intelligent Event Processor)
ORGANISASI : Universiti Kebangsaan Malaysia
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Sistem pintar untuk memproses dan menyelia sesuatu sistem lengkap dengan pemantauan dan mempunyai fungsi kawalan lengkap.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Mohamad Hanif Md Saad


2016 Anugerah Usahawan Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : ParkBox
ORGANISASI : Technology Park Malaysia
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Sistem pembayaran parkir menggunakan aplikasi mobil.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Mohamad Ariff Baharom


2016 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : B-wave IoT Platform
ORGANISASI : Technology Park Malaysia
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Platform sistem kawalan keselamatan bagi sistem rumah pintar.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Tharmaindran A/L Kganasain


2016 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Feminine Mist
ORGANISASI : Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Produk yang diformulasi bagi wanita untuk menjaga kebersihan bahagian intim dan juga membantu untuk melawan kulat dan bakteria.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Azrul Shafiq Izwat Nizaruddin


2016 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Irrigated Rice Production
ORGANISASI : Mscape Management Sdn. Bhd.Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
JENIS ORGANISASI : Insitut Penyelidikan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Projek penghasilan padi dengan cara moden di Ondu dan Ogun hasil kerjasama antara Marditech dan kerjaan Nigeria dan Suriname.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Faizal Bin Ramli


2016 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Digital Forest
ORGANISASI : Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Digital Forest adalah satu kaedah pengurusan hutan sama ada hutan asli atau hutan bandar dengan menggunakan teknologi ICT.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Azman Ali M.Habib Rahman


Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) TAHUN 2017

2017 Anugerah Keseluruhan

KATEGORI ANUGERAH : Tidak Berkaitan
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : TACCOMS (Tactical Communication Operation Management System)
ORGANISASI : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Kaedah pembentukan gerakan perintah dan kawalan menggunakan Network Centric dan Teknologi Sistem Kedudukan Global (GPS)
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Syed Nasir Alsagoff


2017 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : AnanoCoat
ORGANISASI : Anano Sphere Sdn.Bhd (TPM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : AnanoCoat® adalah produk salutan dinding dan permukaan yang mesra alam. Salutan disembur di dinding membantu membunuh dan menguraikan bakteria dan kuman. Kami juga mempunyai penyelesaian untuk menghilangkan bau-bau berbahaya dari bahan kimia dan pencemaran udara di tempat kerja and rumah.
KETUA/WAKIL PROJEK : Puan Sreelatha Sreekantan


2017 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : GX-300 Oxy-Hydro Fuel Cell
ORGANISASI : Amiran Technology Sdn. Bhd (TPM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Inovasi teknologi hijau yang menggunakan air ditapis melalui elektrolisis, menghasilkan hidrogen gas (H2) untuk diedarkan ke dalam enjin udara enjin kenderaan bermotor atau jentera untuk membantu pembakaran lengkap dengan itu meningkatkan kecekapan prestasi enjin.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Amir Rohaizat


2017 Anugerah Usahasama Penyelidikan Dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Palm Based Chicken Feed
ORGANISASI : Malaysia Oil Palm Board (MPOB)
JENIS ORGANISASI : Insitut Penyelidikan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Kek kernel kelapa sawit premium (PURAFEX) sebagai bahan makanan utama dengan jagung, makanan kedelai, makanan ikan dan aditif
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Zaida Haji Zainal


2017 Anugerah Usahasama Penyelidikan Dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : D3 Sustainable and Affordable Housing
ORGANISASI : Contruction Research Institute of Malaysia (CREAM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Reka Bentuk Rumah Divergent (D3) adalah gabungan reka bentuk dan sistem pembinaan yang menggunakan pembangunan pasang siap untuk menghasilkan pelbagai pilihan reka bentuk yang mencukupi yang memenuhi keperluan pengguna yang mungkin belum dikenalpasti pada peringkat reka bentuk, sambil mengekalkan keseragaman utama untuk memudahkan pelaksanaan pembinaan mudah tetapi tepat dengan kos permulaan yang minimum
KETUA/WAKIL PROJEK : Puan Ihfasuziella Ibrahim


2017 Anugerah Usahawan Innovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Tigerus Cordysep
ORGANISASI : Ligno Biotech Sdn. Bhd (Bioeconomy)
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Secara tradisional digunakan untuk mengukuhkan kesihatan badan, menyegarkan tenaga dan meningkatkan peredaran darah
KETUA/WAKIL PROJEK : Puan Ng Szu Ting


2017 Anugerah Usahawan Innovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Bromme-Cream Cheese
ORGANISASI : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Krim Keju Bromelain adalah satu-satunya produk yang dikomersialkan dengan menggunakan bromelain sebagai ajen pengerasan. Diperbuat daripada susu segar lembu tempatan dan boleh diklasifikasikan sebagai produk halal dan sesuai untuk muslim dan vegetarian
KETUA/WAKIL PROJEK : Puan Insyirah Yusri


2017 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Palm Based Santan
ORGANISASI : Malaysia Oil Palm Board (MPOB)
JENIS ORGANISASI : Insitut Penyelidikan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Santan sawit disediakan sebagai alternatif kepada santan kelapa tradisional. Produk novel ini sedia digunakan untuk diperkenalkan pada tahun 2008, yang sangat diperlukan dalam pasaran domestik. Produk ini dibekalkan untuk kemudahan pelanggan untuk memenuhi keperluan pasaran domestik
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Zaida Haji Zainal


2017 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Terapi.My
ORGANISASI : Terapi On Demand Sdn.Bhd (TPM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Terapi.my merupakan platform dalam talian untuk perkhidmatan urut terus ke lokasi pelanggan tidak kira di rumah mahupun pejabat. Kesemua Juru Urut di dalam platform Terapi.my adalah berkemahiran dan mendapat persijilan daripada Insitute of Physical Science, Culture & Arts (IPSCA) di dalam Sijil/Diploma Urut Melayu. Mereka ini adalah terdiri daripada golongan yang berada di dalam kategori B40 seperti ibu tunggal, graduan menganggur dan belia terpinggir
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Wan Hairul Azzuan


2017 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Smart Soft Strecher
ORGANISASI : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : ‘3S’ atau Smart Soft Stretcher adalah produk 3 dalam 1 yang unik dan praktikal dengan ciri tiga fungsi. Fungsi pertama ‘3S’ adalah sebagai produk yang direka bersama komponen dalamannya iaitu ‘dbpro’ bagi sistem yang lengkap untuk melindungi dan membungkus mayat. Kedua, ‘3S’ boleh digunakan untuk mengangkut mayat dari satu tempat ke tempat yang lain dengan lebih mudah dan berkesan. Ketiga, ‘3S’ direka sebagai produk yang pelbagai fungsi yang tidak hanya tertumpu kepada pengurusan mayat sahaja. ‘3S’ juga efektif untuk sebarang kecemasan dan keperluan. ‘3S’ boleh digunakan untuk sebarang bencana iaitu sebagai selimut, beg tidur, tempat berteduh, pelapik duduk serta penggunaan untuk tujuan perkhemahan. ‘3S’ boleh dilipat untuk penyimpanan pintar, murah, kalis air serta dilengkapi reflektor keselamatan
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff


Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) TAHUN 2018

2018 Anugerah Innovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Emergency Evacuation System
ORGANISASI : Anderes Fourdy Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Produk ini menyelesaikan masalah tabulasi manual semasa berlakunya kecemasan seperti kebakaran. Ia juga dapat mengenal pasti mangsa yang terperangkap di dalam bangunan. Sistem ini beroperasi tanpa wayar dan menggunakan Ultra High Frequency (UHF) RFID
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Mohamad Azhari Yahaya


2018 Anugerah Innovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : STRIX Nest Fully Autonomous Unmanned Aerial System & Ground Sensors
ORGANISASI : Precision Agriculture Robotics Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : STRIX Nest adalah sistem udara autonomi yang berupaya beroperasi tanpa memerlukan pengendali manusia. Ia digabungkan dengan sensor yang diletakkan di dalam tanah atau kolam. Sistem ini mampu mengumpul data pertanian dan akuakultur dengan kos yang rendah
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Marwan Ma’som


2018 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : DERMAGS SKIN CARE
ORGANISASI : Biopro Cosmeceutical Sdn Bhd (TPM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : DERMAGS Skin Care adalah produk penjagaan kulit berasaskan penyelidikan yang menggunakan niosome sebagai pembawa nano untuk menambah penembusan alpha-MAG
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Mariani Abdul Hamid


2018 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Detachable Electrical Extension Sockets
ORGANISASI : Far East Pyramid Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Extension socket yang boleh dipanjangkan, dipindahkan, mempunyai pelbagai fungsi dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Teik Hock Lau


2018 Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : RESCUE-i MONITORING SYSTEM
ORGANISASI : Universiti Teknologi Petronas (UTP)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Sistem Pemantauan Pasukan Penyelamat-i pada dasarnya adalah sistem kawalan digital pintar untuk memantau pasukan penyelamat semasa dalam eperasi. Sistem “real-time” ini mengintegrasikan modul perisian, sensor perkakasan dan komunikasi data melalui rangkaian radio. Kebolehpercayaan data adalah penting dalam sistem ini kerana kelewatan satu saat boleh mengakibatkan kemalangan/kecederaan kepada anggota penyelamat semasa beroperasi. Sistem Pemantauan Penyelidikan-i terdiri daripada 4 modul utama yang melaksanakan sistem kepintaran buatan fuzzi seperti berikut; a. Pemantauan Fisiologi b. Transceiver bersepadu c. Unit Kawalan Mudah Alih (Toughbook) d. Pemancar Aras Kandungan Udara Sistem ini berkeupayaan memantau sehingga 50 penyelamat pada satu masa bencana, dengan setiap “data logging” untuk setiap seorang anggota penyelamat. Proses pemantauan boleh dilihat secara statik oleh Chief Office Monitoring Screen dan juga secara dinamik melalui Toughpad di lokasi.
KETUA/WAKIL PROJEK : Prof. Madya Dr. Ahmad Kamil B Mahmood


2018 Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Figs: From farm to product - Rich in bioactive ingredients for health benefits
ORGANISASI : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
JENIS ORGANISASI : Insitut Penyelidikan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Minuman buah tin dan lemon yang kaya dengan bahan bioaktif untuk kesihatan. Formulasi ekstrak dari buah tin yang kaya dengan dengan furanocoumarin dan epigenin glucoside.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Zuraida Ab Rahman


2018 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Versatile Graphene
ORGANISASI : Universiti Putra Malaysia (UPM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Proses penghasilan graphene dengan kaedah mesra alam yang dapat mengekstrak graphene secara langsung daripada grafit. Proses ini berpotensi untuk menjadikan Versatile Graphene sebagai pengeluar utama dan mampu dihasilkan dalam skala yang besar. Ia juga membolehkan graphene digunakan secara meluas dalam pengeluaran seperti; i) sarung tangan dan kondom, ii) penyejuk nanofluid iii) bateri dan supercapacitors, iv) dakwat pencetak inkjet; dan v) penyerap minyak.
KETUA/WAKIL PROJEK : Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee


2018 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : QUIKHALAL
ORGANISASI : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : QuikHalal adalah aplikasi audit halal pertama yang boleh menjimatkan masa dan kos. QuikHalal membantu juruaudit halal melaksanakan audit dan mengumpul bukti dengan menangkap gambar dari peranti mudah alih dan menjana laporan secara automatik
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Mohd Iskandar Illyas Tan


2018 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Rumah Ketam UNIMAS
ORGANISASI : UNIMAS
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Crab Housing Innovation for Local Community In Sarawak mempunyai kaedah dan sistem yang unik berdasarkan aliran air melalui sistem air laut semulajadi. Selain daripada kos yang murah untuk dibina, reka bentuk adalah mudah dipantau dan dikendalikan. Ia boleh dipasang berdekatan dengan kawasan rumah. Aplikasi mudah alih juga direka untuk melengkapkan operasi dengan mewujudkan sistem pemantauan pengurusan secara digital
KETUA/WAKIL PROJEK : Prof. Madya Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff


2018 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Battery Pack C13
ORGANISASI : Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Kerajaan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Peranti simpanan tenaga yang mesra pengguna
KETUA/WAKIL PROJEK : Mohd Feroz Bin Zainal


Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) TAHUN 2019

2019 Anugerah Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Electronic Nose Technology (E-Anfun)
ORGANISASI : Synbion Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : E-Anfun merupakan teknologi Hidung Elektronik (E-Nose), yang digunakan untuk menggantikan fungsi hidung manusia di dalam industri. E-Anfun boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan industri berkaitan bau seperti berikut: • Industri makanan (sebagai alat kawalan kualiti kepada minyak soya dan kelapa sawit; • Industri wangian; dan • Industri kawalan alam sekitar (sebagai pengukur jarak penyebaran bau/gas dari sesuatu sumber).
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Nur Aainaa Syafini Mohd Radzi


2019 Anugerah Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : AirBOX Sense
ORGANISASI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : AiRBOX Sense digunakan untuk memantau kualiti udara dan kandungan gas seperti gas ozon (O3), nitrogen dioksida (NO2), karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (SO2) dan lain-lain. Ia mengumpul, menganalisis dan memaparkan data kualiti udara melalui internet. Bacaan AiRBOX Sense adalah lebih tepat berbanding penganalisis gas biasa yang digunakan dalam kajian pemantauan kualiti udara.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Mohd Shahrul Mohd Nadzir


2019 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Plug and Play Grow Kit
ORGANISASI : Plant Catridgre Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Penyelesaian pertanian moden untuk industri pertanian yang menyokong pertanian berskala besar dan menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Michael Mak


2019 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Overhaul Task Cards For SU-30MKM Multi Role Combat Aircraft
ORGANISASI : Aerospace Technology Systems Corp. Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Task Card (prosedur kerja membaik pulih) dibangunkan menggunakan keupayaan dan kepakaran tempatan bagi melaksanakan perbaikan SU-30MKM selepas 10 tahun beroperasi. Task Card ini dikawal selia oleh Ketua Pengarah Teknikal Penerbangan Kelayakan (DGTA) Malaysia. Task Card Limited Service Life Extension (SLE) yang dibangunkan membolehkan pesawat terbang bagi tempoh lima tahun lagi selepas pemeriksaan. Manakala, Task Cards 10 Years Servicing bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan baik pulih pesawat selepas 10 tahun operasi.
KETUA/WAKIL PROJEK : Lt Col Dato' Mohd Fadzar Suhada


2019 Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : RemdiiTM Sensitive Intensive Moisturising Cream
ORGANISASI : Universiti Putra Malaysia (UPM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : RemdiiTM Sensitif merawat kulit yang sensitif seperti ekzema dengan meresap ke lapisan dermis untuk mengurangkan keradangan kulit dan merawat kulit dari dalam.
KETUA/WAKIL PROJEK : Prof. Lai Oi Ming


2019 Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : LED Light Special Formulated for High Yielding and Fast Growth for Lettuce
ORGANISASI : MARDI
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Salah satu komponen penting dalam penanaman sayuran ialah cahaya yang mencukupi. Teknologi pencahayaan LED yang dikenalkan oleh MARDI mampu meningkatkan kualiti, memendekkan masa pertumbuhan sayur, tahan lama dan kurang kesan haba. Lampu LED ini boleh bertahan sehingga 35000 jam.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Mohammad Abid Bin Ahmad


2019 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : MNRg-Treat
ORGANISASI : MNR Multitech Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Produk ini merupakan formulasi bahan semulajadi untuk merawat sisa-sisa buangan air yang berminyak dari industri dengan pantas dan diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi berbanding produk sedia ada yang menggunakan bahan kimia. G-Treat mampu mampu merawat air tercemar kepada air yang lebih selamat dan bersih mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Mohd Najib Razali


2019 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : HALEA Natural Skin Care
ORGANISASI : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Produk penjagaan kulit yang dihasilkan dari halia. Halia diekstrak menggunakan teknologi berasaskan air dalam tempoh masa yang singkat tetapi dapat menghasilkan kepekatan yang tinggi. HALEA Natural Skin Care menggunakan bahan yang selamat dan bebas toksin serta teknologi mesra alam. Ia mampu merawat masalah kulit wajah terutamnya golongan wanita
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Mariam Firdhaus Mad Nordin


2019 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Efinity EZ Water Filter
ORGANISASI : Efinity Social Enterprise
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Pam air yang tidak memerlukan elektrik yang membolehkan komuniti luar bandar seperti orang asli, mangsa banjir, kem pelarian menapis air yang kotor untuk kegunaan seharian.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Robest Yong


2019 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Multi Sensory Smart Room
ORGANISASI : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Multi Sensory Smart Room adalah terapi untuk membantu pesakit atau kanak-kanak yang kurang upaya terutamanya autism. Bilik ini memberi suasana dan persekitaran yang tenang dan membolehkan pesakit atau kanak-kanak kurang upaya berinteraksi antara satu sama lain. Bilik ini juga menyediakan alatan pendidikan yang sesuai untuk merangsang deria pesakit atau kanak-kanak kurang upaya
KETUA/WAKIL PROJEK : Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali


Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) TAHUN 2020

2020 Anugerah Keseluruhan

KATEGORI ANUGERAH : Tidak Berkaitan
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Bituminous Cuplump (BC), Cuplump Modified Bitumen (CMB) and Cuplump Modified Asphalt (CMA)
ORGANISASI : Lembaga Getah Malaysia (LGM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Kerajaan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Cuplump Modified Bitumen (CMB) merupakan sebatian komposit yang dihasilkan daripada getah asli dan bitumen bagi tujuan penurapan jalan raya. CMB dihasilkan dengan campuran Bituminous Cuplump (BC), iaitu sebatian yang terhasil melalui proses pengadunan dalaman antara getah asli, bitumen, dan bahan aktif dengan kadar nisbah yang tertentu. Sebatian komposit CMB mengandungi 5% getah asli yang bertindak sebagai bahan aktif bagi meningkatkan prestasi bitumen. Berdasarkan ujian makmal dan lapangan, penggunaan CMB mampu mengatasi masalah rekahan, aluran dan meningkatkan jangka hayat jalan raya seterusnya mampu mengurangkan kos penyelenggaraan. Cumplump Modified Asphalt (CMA) terhasil daripada percampuran CMB serta batu baur mengikut Jabatan Kerja Raya (JKR) Specification Section 4 (SPJ 2008) yang digunakan untuk turapan pemukaan jalan (wearing course).
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Nazirah Ahmad


2020 Anugerah Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Vein Display Instrument
ORGANISASI : Venigo Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Alat pengimejan perubatan bertauliah yang dapat membantu kakitangan perubatan mencari saluran darah dengan mudah serta mengelakkan potensi komplikasi dari tusukan secara tidak sengaja.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Mohd Zamri Ibrahim


2020 Anugerah Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Open Platform Robotic Arm
ORGANISASI : Prostrain Technologies Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Lengan robotik dengan keupayaan penyesuaian muatan, bilangan sendi dan dilengkapi dengan sensor yang direka untuk memenuhi permintaan atau pekerjaan yang khusus.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Taufik Yunahar


2020 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : DIACHLOR Aluminium Chlorohydrate
ORGANISASI : Dia-Chemical Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : DIACHLOR terdiri daripada empat (4) jenis bahan kimia seperti berikut: i. Aluminium Chlorohydrate (ACH) yang mengandungi aluminium oksida sebanyak 23%; ii. Polyaluminium Chloride (PAC) Type 3 yang mengandungi aluminium oksida sebanyak 22%; iii. PAC Type 2 yang mengandungi aluminium oksida sebanyak 15%; dan iv. PAC Type 1 yang mengandungi aluminium oksida sebanyak 10%. Setiap jenis produk memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa untuk merawat air dan menyingkirkan kotoran di dalam air.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Chong Mei Fong


2020 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Evenesis Virtual/Online Events Platform In Response To COVID-19
ORGANISASI : Y US Sdn. Bhd. - Technology Park Malaysia (TPM)
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Evenesis Virtual/Online Events Platform In Response To COVID-19 telah dibangunkan semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Ia adalah platform untuk pelaksanaan program dalam talian, mengadakan sesi webinar, mesyuarat dan pameran secara maya. Platform ini juga dibangunkan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjual, mempromosi dan memasarkan produk/ perkhidmatan serta platform ini juga adalah yang pertama mempunyai konsep Virtual Reality (VR).
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Mohd Yusno Mohd Yunos


2020 Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Bituminous Cuplump (BC), Cuplump Modified Bitumen (CMB) and Cuplump Modified Asphalt (CMA)
ORGANISASI : Lembaga Getah Malaysia (LGM)
JENIS ORGANISASI : Agensi Kerajaan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Cuplump Modified Bitumen (CMB) merupakan sebatian komposit yang dihasilkan daripada getah asli dan bitumen bagi tujuan penurapan jalan raya. CMB dihasilkan dengan campuran Bituminous Cuplump (BC), iaitu sebatian yang terhasil melalui proses pengadunan dalaman antara getah asli, bitumen, dan bahan aktif dengan kadar nisbah yang tertentu. Sebatian komposit CMB mengandungi 5% getah asli yang bertindak sebagai bahan aktif bagi meningkatkan prestasi bitumen. Berdasarkan ujian makmal dan lapangan, penggunaan CMB mampu mengatasi masalah rekahan, aluran dan meningkatkan jangka hayat jalan raya seterusnya mampu mengurangkan kos penyelenggaraan. Cumplump Modified Asphalt (CMA) terhasil daripada percampuran CMB serta batu baur mengikut Jabatan Kerja Raya (JKR) Specification Section 4 (SPJ 2008) yang digunakan untuk turapan pemukaan jalan (wearing course).
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Nazirah Ahmad


2020 Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : RealStrong N Bio Booster Fertilizer
ORGANISASI : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
JENIS ORGANISASI : Agensi Perkhidmatan Pembangunan Teknologi
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Baja RealStrong N Bio Booster adalah baja bio yang mengandungi bakteria Bacillus Subtilis dengan populasi sehingga 109 unit pembentukan koloni/ml. Baja RealStrong N Bio Booster bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penyerapan nutrien tanah oleh tanaman. Baja bio ini merupakan teknologi hijau, mesra alam dan mampu meningkatkan hasil padi dan kesuburan tanah.
KETUA/WAKIL PROJEK : Puan Nor Fadilah Binti Abdul Halim


2020 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Technology Licensing of Epoxidized Methyl Oleate as Palm based Plasticizer
ORGANISASI : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
JENIS ORGANISASI : Agensi Kerajaan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Pelesenan teknologi baharu ini akan membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit dan menambah nilai metil oleat sebagai agen plastik yang tidak mengandungi toksik bagi menggantikan dictyl phthalate (DOP) yang bersifat karsinogenik yang telah dilarang di negara-negara tertentu. Penggunaan sumber yang boleh diperbaharui dalam penghasilan agen plastik berasaskan sawit dapat mengurangkan migrasi bahan kimia ke dalam plastik yang dibungkus untuk makanan dan minuman. Plastik yang menggunakan agen plastik berasaskan minyak sawit menjadikan ia lebih transparensi dan pengurangan kesan statik.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Zulina Abd Maurad


2020 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Sleek Pump
ORGANISASI : Universiti Malaysia Pahang (UMP)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Sleek Pump merupakan pam khas yang digunakan untuk aktiviti penuaian madu kelulut yang mana ciptaan ini meningkatkan keberkesanan proses menyedut madu sehingga 2 hingga 3 kali ganda lebih pantas dan kualiti madu yang disedut tidak terjejas. Ia dibangunkan menerusi kerjasama strategik di antara Universiti Malaysia Pahang dan komuniti penternak lebah kelulut. Produk ini juga adalah ringan dan tahan lasak.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Mohamad Firdaus Basrawi


2020 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Keropok Ikan Empat Segi dan Bekas Pengeringan untuk Menghasilkan Keropok
ORGANISASI : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Keropok ikan empat segi adalah teknologi baharu yang dihasilkan oleh MARDI supaya dapat memaksimumkan ruang pembungkusan keropok ikan. Teknologi ini juga dapat membantu mengurangkan peratusan kepingan yang pecah. Bekas pengeringan yang direka khas untuk keropok ikan empat segi supaya bentuk yang dihasilkan tidak meleding, seragam, menjimatkan ruang pembungkusan dan penampilan yang lebih menarik. Bekas pengeringan ini juga dapat menjimatkan kos pembungkusan dan ruang penyimpanan.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Mohd Pozi Hassan


2020 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Smart Knock-Down Fish Farming
ORGANISASI : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Smart Knock-Down Fish Farming direka sebagai sistem unit mudah alih dan dapat mengelakkan serangan pemangsa seperti buaya, biawak, memerang dan lain-lain bagi penternakan ikan air tawar dan air masin. Produk ini disediakan dalam pelbagai saiz dan bergantung pada kesesuaian lokasi. Produk ini juga membolehkan air mengalir melalui strukturnya dan dipasangkan dengan poket udara untuk memastikannya terapung di permukaan air. Smart Knock-Down Fish Farming dapat membantu pembiakan ikan terutamanya ikan spesies eksotik/lokal. Ia juga mudah dibawa, dikendalikan dan memenuhi keperluan penduduk yang berpendapatan rendah. Smart Knock-Down Fish Farming ini telah dikomersialkan di Murum, Sarawak dan ia juga sesuai ditempatkan di kawasan empangan, kolam, laut dan sungai.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Saiful Bahari Mohd Yusof


Pemenang Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) TAHUN 2021

2021 Anugerah Keseluruhan

KATEGORI ANUGERAH : Tidak Berkaitan
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Varieti Padi Baharu Malaysia NMR152
ORGANISASI : Agensi Nuklear Malaysia
JENIS ORGANISASI : Agensi Kerajaan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Projek penyelidikan biakbaka mutasi ini dihasilkan untuk membantu agenda dan dasar negara dalam menghasilkan varieti tanaman baharu yang boleh meningkatkan tahap sara diri, pendapatan dan taraf hidup petani. Padi NMR152 telah berjaya mencatatkan hasil diantara 7-11 tan per hektar (t/ha) bergantung kepada lokasi penanaman dan kaedah pengurusan sawah. Pada tahun 2019, Agensi Nuklear Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Syarikat Benih Pengeluaran Benih Padi Sah, HMN (M) Sdn. Bhd dan Bayer Co. (MALAYSIA) Sdn. Bhd. Hasil kerjasama ini telah banyak memberi nilai tambah kepada benih padi mutan NMR 152, NMR 151, NMR 191 dan beberapa jenis lagi padi mutan lain, yang akhirnya akan menghasilkan pengeluaran benih padi yang lebih kompetitif dan berdaya saing berbanding dengan varieti padi lain yang ada dipasaran. Pada 20 November 2021, produk padi mutan ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9, dengan nama komersialnya ialah IS21. Iaitu sempena nama YAB Perdana Menteri.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Sobri Bin Hussein


2021 Anugerah Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : T-Robot Industrial Linear Robot
ORGANISASI : TechCapital Resources Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : T-Robot Industrial Linear Robot ialah robot yang mempunyai 3 paksi X-Y-Z untuk membantu syarikat pengeluar tempatan mengautomasikan proses atau tugasan asas yang berulang seperti meletakkan barang, mengetatkan skru dan pemeriksaan kualiti. TRobot boleh disesuaikan mengikut tugasan yang diperlukan.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Eugene Ng Keng Leong


2021 Anugerah Inovator Baharu

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : A.D.A.M. Supercomputer
ORGANISASI : Twistcode Technologies Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : A.D.A.M Supercomputer ialah Supercomputer pemasangan sendiri yang berada pada kedudukan ke-88 di dunia bagi Supercomputer High Performance Conjugate Gradient (HPCG) pada bulan Jun 2019. A.D.A.M Supercomputer mampu menganalisis dan memproses data seperti pengiraan dan simulasi saintifik dengan cepat serta mampu membantu pengguna untuk membuat keputusan dengan lebih cepat. Sistem A.D.A.M Supercomputer boleh diubah suai mengikut permintaan pengguna tanpa perlu membeli sistem yang baharu
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Nurazam Malim Sidik Malim


2021 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : GenoAmp® (Commercialisation Of Medical Diagnostic Products For Infectious Diseases)
ORGANISASI : Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : GenoAmp® ialah diagnostik molekular assay yang membolehkan pengesanan secara serentak bagi pelbagai jangkitan patogen dalam satu tindak balas dan dalam masa yang singkat. Kit ini sangat fleksibel kerana boleh digunakan dengan pelbagai teknik pengekstrakan dan pengesanan. Kit tersebut berfungsi secara konsisten dan boleh diulang
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Lim Li Sze


2021 Anugerah Pencapaian Pengkomersialan

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Airhydro Watering System (AWS)
ORGANISASI : Skyscraper Airhydro Industries Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Teknologi Airhydro Watering System (AWS) telah dibangunkan pada tahun 2010 yang bertujuan untuk memberi membantu pertumbuhan akar pokok. Pokok akan diletakkan ke dalam air tanpa menggunakan tanah atau bahan lain supaya akar pokok mendapat nutrien dan udara yang diperlukan dan menjadikan pokok lebih sihat dan subur. AWS dapat mengurangkan penggunaan baja kerana kaedah pembajaan yang digunakan adalah lebih teratur dan diberikan secara tekanan graviti yang tidak memerlukan sumber elektrik. Akar pokok akan mengalami proses air pruning secara semulajadi dan menjadikan pokok lebih subur serta lebih rentan kepada serangan serangga. Secara keseluruhannya, sistem ini berjaya mengurangkan kos baja, kos racun serangga, utiliti serta kos tenaga kerja kepada petani.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Khairul Azuan Abdul Razak


2021 Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Aedestech Mosquito Home System (AMHS)
ORGANISASI : One Team Networks Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Perangkap nyamuk Aedestech Mosquito Home System (AMHS) adalah untuk menghapuskan pembiakkan nyamuk Aedes sama ada di peringkat telur, jentik-jentik, pupa atau nyamuk dewasa dengan menggunakan teknologi Lure & Kill. AMHS secara sainstifik telah terbukti keberkesanannya bagi mengurangkan populasi nyamuk secara keseluruhan dan seterusnya penurunan wabak penularan Denggi, Zika dan Chikungunya yang boleh membawa maut.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Lim Chee Hwa


2021 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Varieti Padi Baharu Malaysia NMR152
ORGANISASI : Agensi Nuklear Malaysia
JENIS ORGANISASI : Agensi Kerajaan
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Projek penyelidikan biakbaka mutasi ini dihasilkan untuk membantu agenda dan dasar negara dalam menghasilkan varieti tanaman baharu yang boleh meningkatkan tahap sara diri, pendapatan dan taraf hidup petani. Padi NMR152 telah berjaya mencatatkan hasil diantara 7-11 tan per hektar (t/ha) bergantung kepada lokasi penanaman dan kaedah pengurusan sawah. Pada tahun 2019, Agensi Nuklear Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Syarikat Benih Pengeluaran Benih Padi Sah, HMN (M) Sdn. Bhd dan Bayer Co. (MALAYSIA) Sdn. Bhd. Hasil kerjasama ini telah banyak memberi nilai tambah kepada benih padi mutan NMR 152, NMR 151, NMR 191 dan beberapa jenis lagi padi mutan lain, yang akhirnya akan menghasilkan pengeluaran benih padi yang lebih kompetitif dan berdaya saing berbanding dengan varieti padi lain yang ada dipasaran. Pada 20 November 2021, produk padi mutan ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9, dengan nama komersialnya ialah IS21. Iaitu sempena nama YAB Perdana Menteri.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Sobri Bin Hussein Dr. Abdul Rahim Harun (TKP)


2021 Anugerah Usahawan Penyelidik

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Jackfruit Meat Burger Patty (Burger Nanka)
ORGANISASI : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Burger Nanka diperbuat daripada campuran nangka muda dengan cendawan atau daging/ayam yang sesuai untuk dinikmati dalam pelbagai cara seperti pati burger, bebola atau dikisar. Burger Nanka mempunyai tekstur yang kurang lemak, lembut dan enak dinikmati
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Ibrahim Abu Bakar


2021 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Utama
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Pandai
ORGANISASI : Pandai Education Sdn. Bhd.
JENIS ORGANISASI : Syarikat
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : Pandai merupakan satu aplikasi pembelajaran untuk pelajar berusia 7 tahun sehingga 17 tahun bagi membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik melalui gamifikasi yang berkaitan dengan kurikulum dalam aplikasi Pandai. Satu laporan berkaitan pencapaian pelajar dan masalah/kelemahan pelajar berdasarkan beberapa kriteria akan dijana secara automatik supaya guru dapat membantu pelajar tersebut dengan perancangan yang lebih jelas. Aplikasi Pandai juga mengandungi video dan nota untuk setiap subjek.
KETUA/WAKIL PROJEK : Encik Khairul Anwar Bin Mohamad Zaki


2021 Anugerah Usahawan Sosial

KATEGORI ANUGERAH : Saguhati
NAMA PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : eBraille Al-Quran with Teaching and Learning System for the Blind
ORGANISASI : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
JENIS ORGANISASI : Universiti
DESKRIPSI PRODUK TEKNOLOGI PERKHIDMATAN : eBraille Al-Quran adalah Al-Quran elektronik untuk golongan orang kurang upaya penglihatan. eBraille adalah sangat mesra pengguna dan mudah alih. Ia juga boleh digunakan untuk sesi pembelajaran yang menggunakan perisian digital. Pengajar boleh mengawal paparan Braille untuk setiap peranti eBraille yang digunakan oleh pelajar secara serentak.
KETUA/WAKIL PROJEK : Dr. Zair Asrar Ahmad


 


Post a Comment

Previous Post Next Post