Borang permohonan baki pencen JPA

Download Borang permohonan baki pencen JPA


Pesara, mohon ingatkan kepada waris kalian, sekiranya berlaku kematian pesara mahu pun penerima pencen terbitan dan ada pula lebihan bayaran pencen ke akaun pesara / penerima pencen, lebihan tersebut perlu dipulangkan. 




Ingatlah, ia merupakan hutang kepada Kerajaan. 

Banyak kes lebihan bayaran berlaku disebabkan kelewatan waris memaklumkan dan uruskan pendaftaran kematian pesara / penerima pencen kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ini kerana, jika pendaftaran kematian telah dibuat, secara automatik pencen akan dihentikan.

Kebiasaannya lebihan bayaran boleh berlaku apabila bayaran pencen dibuat awal, pada bulan tertentu, dan pesara meninggal dunia sebaik sahaja menerima pencen tersebut.

Justeru, pasti akan ada lebihan pada bulan tersebut. 

Semua sedia maklum, pencen bulanan dibayar pada hayat pesara/penerima pencen. Dalam kata lain, dibayar pada tempoh pesara / penerima pencen masih hidup. 

Sebagai contoh, pencen penuh telah dibayar pada 20 November 2023, pesara / penerima pencen meninggal dunia pada 21 November 2023. Jadi, pada 22 November 2023 hingga 30 November 2023, amaun pencen yang diterima untuk tempoh tersebut, adalah wang Kerajaan yang mesti dikembalikan. 

Sehubungan itu, bagi sebarang kes kematian pesara / penerima pencen, teman cadangkan supaya pihak waris boleh lengkapkan borang di pautan bawah ini. Kalau ada kurang pembayaran pencen pun, Kerajaan boleh beri apa yang kurang kepada waris. Sekali lagi, ini borangnya :(Permohonan Baki Pencen) 


Waris boleh lengkapkan dan emelkan permohonan secara rasmi ke mypesara@kwap.gov.my.

Sekian, teman maklumkan. Semoga bermanfaat. 🌹

Yang OHSEM,
Admin




Sumber:









Post a Comment

Previous Post Next Post