Dividen ASB 2 dan ASM 2024

Dividen ASB 2 dan ASM 2024

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.


ASB 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM0.67 bilion yang memanfaatkan 552,297 pemegang unit. Pulangan sebanyak 5.25 sen seunit ini mengatasi penanda aras pulangan 2.84% yang dicatatkan oleh Deposit Tetap 12-bulan Maybank sebanyak 241 mata asas (bps).


Bagi tempoh yang sama, ASM turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.33 bilion, iaitu bersamaan 4.75 sen seunit kepada 699,807 pemegang unit. Pulangan sebanyak 4.75% ini mengatasi penanda aras yang sama sebanyak 191 bps.


Urus niaga ASB 2 dan ASM akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 April 2024.




Sumber:

https://www.facebook.com/share/XSBBjR1QkUmDTZkT/?mibextid=oFDknk









Post a Comment

Previous Post Next Post