Urusan pertukaran sekolah anak, pendaftaran peperiksaan, atau pengisian data dalam sistem APDM sering memerlukan maklumat yang tepat terutamanya Kod Sekolah. Tanpa kod yang betul, sistem kementerian selalunya tidak dapat memproses permohonan kita dengan lancar.
Untuk memudahkan ibu bapa dan rakan guru, kami sediakan Direktori Pintar Sekolah Malaysia ini. Anda kini boleh membuat carian pantas nama sekolah tanpa perlu menapis negeri satu persatu. Selain itu, kami juga sediakan fungsi peta untuk anda melihat lokasi sekolah secara visual.
Mula menaip nama sekolah untuk mencari.
Cari sekolah di kawasan spesifik (Contoh: "Kuala Pilah", "Bangsar").
🏫 Sekolah Di Kawasan Ini:
Soalan Lazim (FAQ)
S: Kenapa carian saya kosong?
J: Jika anda tidak memilih 'Filter Negeri', anda mesti menaip sekurang-kurangnya 3 huruf untuk mengelakkan sistem menjadi perlahan akibat memuatkan terlalu banyak data serentak.
S: Data di Tab 2 tidak sama dengan Peta?
J: Peta dijana oleh Google Maps secara langsung, manakala senarai di bawahnya adalah daripada pangkalan data KPM kami. Kadangkala Google Maps mempunyai data lokasi yang lebih meluas berbanding data rasmi KPM.
Bermanfaat?
Jika direktori ini memudahkan urusan Tuan/Puan, mohon kongsikan pautan ini ke dalam Group WhatsApp Sekolah atau PIBG. Terima kasih atas sokongan!