Kalkulator Kelayakan Beli Rumah: Gaji Kasar vs Bersih ('Rule of 200')
Sebelum hantar dokumen ke bank, semak kelayakan anda menggunakan Formula 'Rule of 200'. Masukkan gaji (Kasar atau Bersih) dan komitmen hutang sedia ada untuk mengetahui harga rumah maksimum yang selamat untuk dibeli tanpa menjerat diri.
🏠 Masukkan Info Kewangan:
❓ Soalan Lazim (FAQ)
🔹 Gaji Bersih atau Gaji Kasar?
Sebaiknya gunakan Gaji Bersih (selepas tolak KWSP/Cukai). Jika anda pilih Gaji Kasar, pastikan anda tanda kotak tolakan wajib supaya pengiraan kelayakan menjadi lebih tepat.
🔹 Adakah Formula 'Rule of 200' ini rasmi dari Bank Negara?
Tidak. Ini adalah "Rule of Thumb" yang diguna pakai oleh pakar hartanah untuk anggaran kasar yang selamat. Bank sebenar menggunakan kiraan DSR (Debt Service Ratio).
🔹 Kenapa ejen hartanah kata saya layak lebih tinggi?
Sesetengah ejen mengira DSR maksimum (sehingga 70% gaji). Kalkulator ini menggunakan pendekatan konservatif supaya anda tidak "tercekik" membayar hutang rumah setiap bulan.
Penafian: Pengiraan ini hanyalah anggaran kasar untuk tujuan pendidikan kewangan. Sila berunding dengan pegawai bank bertauliah untuk kelayakan pinjaman perumahan yang sebenar.