Penat bekerja lebih masa tapi tak pasti sama ada bayaran OT yang diterima tepat atau tidak? Jangan biarkan titik peluh anda tidak dikira dengan betul.
Gunakan Kalkulator Overtime (OT) Malaysia ini untuk membuat anggaran pantas berdasarkan formula rasmi Akta Kerja 1955. Alat ini mengira kadar sejam anda (HRP) dan jumlah bayaran untuk hari biasa, hari rehat, dan cuti umum.
⏱️💵
Kalkulator Overtime
Kira anggaran bayaran lebih masa anda.
*Tidak termasuk elaun (melainkan dinyatakan dalam kontrak).
🔥 5 Cuti WAJIB (Pasti Triple Pay):
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 Sept)
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Keputeraan Agong
- Hari Keputeraan Sultan/Gabenor Negeri
Biasanya: Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Awal Muharram.
(Sila rujuk Handbook Syarikat anda untuk pengesahan 6 tarikh ini).
(Sila rujuk Handbook Syarikat anda untuk pengesahan 6 tarikh ini).
Kadar Sejam (Hourly Rate):
RM 0.00
Bayaran OT Biasa (1.5x):
RM 0.00
Bayaran OT Hari Rehat (2.0x):
RM 0.00
Bayaran OT Cuti Umum (3.0x):
RM 0.00
JUMLAH BAYARAN OT
RM 0.00
Formula Rasmi: Gaji ÷ 26 ÷ 8 x Rate x Jam
Bagaimana Cara Kira OT?
Pengiraan kerja lebih masa di Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Kerja 1955. Asas pengiraannya adalah seperti berikut:
- Kadar Sejam (Hourly Rate): Gaji Pokok dibahagi dengan 26 hari, kemudian dibahagi dengan 8 jam bekerja.
(Formula: Gaji / 26 / 8) - OT Biasa (Hari Bekerja): Dibayar pada kadar 1.5 kali ganda daripada kadar sejam.
- OT Hari Rehat (Weekend): Dibayar pada kadar 2.0 kali ganda. Biasanya hari Ahad (atau Jumaat bagi negeri tertentu).
- OT Cuti Umum (Public Holiday): Dibayar pada kadar 3.0 kali ganda. Hanya terpakai untuk cuti yang diwartakan oleh syarikat.
Penafian: Kalkulator ini adalah sebagai alat anggaran sahaja berdasarkan formula standard Akta Kerja 1955. Pengiraan sebenar mungkin berbeza bergantung pada polisi syarikat, elaun tetap, atau perjanjian kolektif (CA) di tempat kerja anda. Sila rujuk slip gaji atau HR anda untuk kepastian.