Simulator Darab Bentuk Lazim 2 Digit: Teknik 'Sifar Emas' & Sifir Auto (Edisi 2026)


 

Pening lalat juga bila ajar anak murid Darab 2 Digit ni. Masalah utamanya bukan tak hafal sifir, tapi "mata juling"! Bila nak darab silang, mereka lupa nombor mana yang sedang didarab, dan paling parah—lupa letak Sifar (0) bila masuk baris kedua.

Jangan risau, Simulator Pakar Darab V2.0 ini direka khas untuk selesaikan masalah fokus. Nombor yang sedang didarab akan menyala (highlight) supaya murid nampak aliran pengiraan yang jelas. Sistem ini juga mewajibkan murid meletakkan '0' dan mengisi kotak kumpul semula secara manual. Jom cuba!

×
SIFIR
Sila masukkan nombor dan tekan "Tunjuk Cara".

Soalan Lazim (FAQ)

Kenapa kena letak sifar (0)?
Sifar diletakkan kerana kita sedang mendarab dengan nilai Puluh. Contohnya 20 x 5 = 100. Sifar di belakang itu adalah "penanda" nilai puluh.

Kenapa nombor kecil duduk di atas?
Itu adalah nombor "Kumpul Semula" (Carry). Jika hasil darab lebih dari 9, bakinya perlu dibawa ke nilai tempat seterusnya.

Kenapa warna kotak bertukar?
Kotak yang menyala (Highlight) menunjukkan nombor mana yang sedang didarabkan pada langkah tersebut. Ini membantu mata murid fokus.

Membantu anak murid anda?

Share link ini dalam Group WhatsApp Kelas. Biar semua pandai matematik!

Post a Comment

Previous Post Next Post