Balai Polis Senggarang, Batu Pahat, Johor

INFO BALAI: BALAI POLIS SENGGARANG 




Balai Polis Senggarang yang terletak dalam daerah Batu Pahat merupakan satu lagi mercu tanda Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dibina seawal tahun 1952 berdekatan sebatang sungai di Jalan Abu Bakar, Johor.

Akibat selalu dinaiki air sungai apabila hujan lebat, balai tersebut telah dipindahkan ke sebuah tapak baharu di Jalan Ismail, Senggarang, Johor pada 27 Mac 1995.

Perasmian balai polis baharu tersebut telah dibuat oleh Ketua Polis Kontinjen Johor ketika itu, DCP Dato' Ahmad Ragib Haji Mohd Salleh pada 16 Disember 1996.

Kini, balai yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan 52 buah kampung dalam pekan Senggarang itu dianggotai seramai 23 anggota polis dengan diketuai oleh seorang berpangkat Sub Inspektor.

Alamat balai: Balai Polis Senggarang, KM 21, Jalan Ismail, Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor

Talian telefon: 04-4620306

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2605155079494783&id=161086313901684

Post a Comment

Previous Post Next Post