INFO BALAI: BALAI POLIS SENTRAL
Balai Polis Sentral yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Sarawak telah dibina sekitar tahun 1931 iaitu semasa era pemerintahan British.
Bangunan balai tersebut telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah di bawah Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 pada Jun 2007.
Kawasan pentadbiran balai yang berusia 88 tahun tersebut adalah seluas 14.6 kilometer persegi dengan majoriti penduduknya golongan peniaga.
Kini, kekuatan Balai Polis Sentral adalah seramai 124 orang termasuk pegawai awam dengan diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP).
Alamat : Balai Polis Sentral, Jalan Khoo Hun Yeang, 93400 Kuching, Sarawak.
Talian telefon: 082-241 222
Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2506101689400123&id=161086313901684