ASNB umum agihan pendapatan untuk ASM, ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021

ASNB umum agihan pendapatan untuk ASM, ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetap, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) dan dana harga berubah, ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 (ASN Sara 2) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.


ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM593.04 juta yang memanfaatkan 525,038 pemegang unit. Pulangan sebanyak 4.00 sen seunit ini mengatasi pulangan penanda aras sebanyak 1.85% yang direkodkan oleh Deposit Tetap 12-bulan Maybank bagi tempoh yang sama.


Dua dana harga berubah, iaitu ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 (ASN Sara 2), mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 11.46% dan 4.04%, mengatasi penanda aras masing-masing iaitu 8.66% dan 1.73%. ASN Equity 5 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM9.80 juta bersamaan dengan 2.85 sen seunit, manakala ASN Sara 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM47.88 juta bersamaan dengan 2.80 sen seunit.


Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 30 September 2021 untuk ASM 3 dan dari 29 September hingga 1 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 serta ASN Sara 2 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di www.myasnb.com.my, melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Oktober 2021 untuk ASM 3, dan 2 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.


Kenyataan akhbar: https://asnb.my/KASept21







Sumber :

https://www.facebook.com/413717745430066/posts/2297591603709328/


Post a Comment

Previous Post Next Post