Kalkulator Bajet 50/30/20: Teknik Urus Gaji & Simpanan Automatik
Gaji masuk je terus habis? Anda mungkin tersilap bajet. Gunakan kalkulator ini untuk membahagikan gaji anda mengikut Formula 50/30/20 yang disarankan pakar kewangan. Ketahui had belanja maksimum anda untuk 'Keperluan', 'Enjoy', dan berapa wajib 'Simpan' setiap bulan.
💸 Masukkan Gaji Bersih (Net):
(Selepas tolak KWSP & PERKESO)
Apa Maksud Formula 50/30/20?
Teknik ini dipopularkan oleh Senator Elizabeth Warren. Ia membahagikan pendapatan bersih anda kepada tiga kategori mudah supaya anda tidak terlebih belanja.
| 🔵 50% Keperluan | Perkara wajib bayar. Kalau tak bayar, hidup susah. (Sewa rumah, ansuran kereta, bil api air, barang dapur). |
| 🟣 30% Kehendak | Perkara seronok. Kalau tak ada pun tak mati. (Makan restoran mahal, langganan Netflix, hobi, bercuti). |
| 🟢 20% Simpanan | Bayar diri sendiri dulu. (Tabung kecemasan, pelaburan ASB, insurans/takaful, bayar hutang kad kredit). |