Tips Keselamatan : Keganasan Rumahtangga

Keganasan Rumahtangga




Maksud Keganasan Rumahtangga

    * Keganasan rumahtangga mengikut tafsiran Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521) adalah pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut :-
    * Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
    * Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
    * Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
    * Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
    * Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap :-
          o Isteri atau suaminya;
          o Bekas isteri atau suaminya;
          o Kanak-Kanak;
          o Orang dewasa tidak berkeupayaan; atau
          o Mana-mana anggota lain keluarga




Siapa Yang Terlibat
Sila rujuk kepada para (v) - (a-e)


Bagaimana Hendak Membuat Laporan
Sesiapa juga yang mengetahui ada kejadian keganasan rumahtangga berlaku atau sesiapa yang menjadi mangsa boleh membuat laporan di mana-mana balai polis. Laporan polis boleh ditulis sendiri oleh pengadu atau meminta bantuan dari anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai berkenaan.


Hak Mangsa
Mangsa keganasan rumahtangga mendapat perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 mengikut seksyen-seksyen berikut :-

Seksyen 4 - Perintah Perlindungan Interim

   1. Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumahtangga, mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.
   2. Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah selesainya penyiasatan.


Rumah Perlindungan
Mangsa-mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapatkan perlindungan sementara sama ada disediakan oleh :-

    * Jabatan Kebajikan Masyarakat
    * Badan-Badan Bukan Kerajaan


Lain-Lain Perkara Berkaitan
Mangsa keganasan rumahtangga perlu sedar bahawa mereka yang teraniaya mendapat perlindungan dan pembelaan di bawah undang-undang.


Ihsan : Polis Diraja Malaysia


LaYaNLaH!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post