Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?
Pembuli
* Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
* Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
* Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
* Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
* Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
Kenapa mereka sering membuli
* Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
* Mereka pernah menjadi mangsa buli.
* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
* Akibat masalah keluarga.
* Sekadar mahu seronok.
* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
* Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
Jenis-jenis Buli
* Buli fizikal
o Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
o Paling ganas boleh menyebabkan kematian
* Buli mental
o Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
o Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli ?
* Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
* Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
* Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
* Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
* Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.
* Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.
Ihsan : Polis Diraja Malaysia
LaYaNLaH!!!

Tags:
Tips Berguna