Tips Keselamatan : Pecah Rumah


Pecah Rumah

Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi anak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamt rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini.
   



Bagaimana boleh berlaku

    * Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
    * Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
    * Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
    * Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
    * Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
    * Menggunakan kunci pendua



Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

    * Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
    * Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
    * Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
    * Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
    * Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
    * Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
    * Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
    * Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.


Cara Pencegahan

    * Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
    * Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
    * Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
    * Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
    * Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
    * Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
    * Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
    * Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
    * Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
    * Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.


Nasihat apabila berlaku pecah rumah

    * Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
    * Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri.  Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Ihsan : Polis Diraja Malaysia



LaYaNLaH!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post