Tips Keselamatan : Rogol
Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.
Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:-
Bagaimana boleh berlaku?
* Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
* Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
* Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
* Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
Bagaimana mengelakkannya?
* Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
* Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
* Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
* Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
* Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.
Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?
* Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.
* Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
* Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
* Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
* Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi
* Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
* Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.
* Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
* Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.
* Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
* Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.
* Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu.
Jika Berlaku Ancaman
* Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
* Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
* Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
* Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
* Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
* Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
Ihsan : Polis Diraja Malaysia
LaYaNLaH!!!
Tags:
Tips Berguna