Reset Password e-Penyata Gaji Kakitangan Awam

Cara Set Semula Password atau Kata Laluan e-Penyata Gaji Kakitangan Kerajaan yang telah lupa




Pautan ini membolehkan pengguna yang terlupa kata laluan memasuki sistem untuk mendapatkan katalaluan sementara. Klik pada “Lupa Kata Laluan” dan skrin dibawah akan dipaparkan.
Sila isikan maklumat mandatori yang diminta iaitu No. KP/ No. Pasport dan No. Gaji anda dan tekan “Seterusnya”. Sekiranya anda telah berdaftar dengan sistem, maklumat pengenalan diri serta nombor gaji anda akan dipaparkan seperti berikut:

Sila pilih soalan keselamatan dan jawapan yang anda telah nyatakan semasa proses ”Pertama Kali Mendaftar” sebelum ini. Jika soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti yang dinyatakan semasa proses ”Pertama Kali Mendaftar”, skrin akan memaparkan kata laluan anda.

RESET KATA LALUAN

Sekiranya anda masih tidak dapat mengingati soalan keselamatan anda atau jawapan bagi soalan keselamatan, sila klik ”Reset Kata Laluan”. Skrin pengesahan untuk Reset akan dipaparkan.



Sila klik butang “Ya” untuk membenarkan sistem reset kata laluan anda dan menghantar kata laluan sementara melalui sms/e-mel kepada nombor telefon/alamat e-mel yang didaftarkan didalam sistem. Jika klik butang “Tidak”, proses Reset Kata Laluan tidak akan diteruskan.

Skrin berikut ini yang memaparkan mesej “Kata laluan sementara sudah hantar. Sila semak email/SMS anda” sekiranya anda memilih butang “Ya”.


“Kembali ke Daftar Masuk”


Setelah menerima kata laluan sementara. Anda dikehendaki mendaftar masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan dalam tempoh tiga (3) hari.



Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan/Nombor Paspot dan kata laluan sementara dan pilih “Daftar Masuk”.


Selepas mendaftar masuk, sila klik butang “OK” untuk menukar kata laluan sementara tersebut.


Sila masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baru dan Sahkan kata laluan baru seterusnya klik butang “OK”. Pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah betul.



Skrin akan memaparkan mesej “kata laluan berjaya ditukar”. Anda dapat membuat carian penyata gaji/penyata pendapatan seperti biasa.

Selamat Mencuba!
 

6 Comments

  1. kalau pakai email lama dengan no telefon lama mcm mn

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon..baru terjadi.mcm mne nk buat ya..

      Delete
  2. saya tahun 2023, tepat hari ini, masalah yang sama. bantu saya. tq

    ReplyDelete
  3. Mcm mana klu email tu dah xpakai... Mcm mane nk dpt password tu... Kene jumpa sape2 ke

    ReplyDelete
Previous Post Next Post