CARA MENGGUNAKAN SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM
1. PENGENALAN
Tatacara Penggunaan Sistem ini adalah sebagai panduan kepada pengguna semasa menggunakan Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Tatacara yang turut disertakan dengan gambaran ringkas ini diharap dapat membantu dan membimbing pengguna untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan yang dimuatkan di dalam sistem ini.2. PERISIAN YANG DIPERLUKAN
Web browser seperti Mozilla FireFox / Google Chrome / Internet Explorer (version 9 dan ke bawah) adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan.Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan dan pengguna disaran supaya menyediakan perisian Adobe Reader didalam PC/notebook/smartphone bagi membolehkan proses muat turun penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.
3. URL SISTEM
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik pautan bergambar yang bertajuk “Sistem e-Penyata Gaji & Laporan” yang tertera di laman web utama seperti berikut:Skrin Login Page Sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah :
Penerangan berikutnya adalah berdasarkan kepada nombor-nombor yang ditandakan pada gambar skrin login page.
4. PERTAMA KALI MENDAFTAR
Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan:
Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.
Panduan Mengisi Medan:
No Kad Pengenalan atau No. Pasport
Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji
Contoh:
No K/P Baru : 811212111234
No K/P Lama : A 1234567
No Pasport : A 121212123
No Lain : RF12345
No Gaji
No gaji anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, sila gunakan salah satu daripada nombor-nombor gaji anda.
Kata Laluan
Minima 8 aksara
Maksima 12 aksara.
Sahkan kata Laluan
Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan
Soalan Keselamatan
Soalan keselamatan dan jawapan digunakan untuk membantu anda mengingati kata laluan anda sekiranya anda terlupa.
Anda boleh memilih salah satu daripada soalan berikut :
Siapakah nama asal ibu anda?
Apakah makanan kegemaran anda?
Apakah nama haiwan peliharaan anda
Apakah warna kegemaran anda?
Dimanakah tempat kegemaran anda?
Jawapan
Anda memberi jawapan kepada soalan yang anda pilih seperti di atas
No H/P **
No H/P digunakan bagi medium penghantaran katalaluan sementara
kepada anda apabila anda menekan link Lupa Katalaluan.
Contoh:
+60124567899
Telco
Pilihan telco yang disediakan adalah Maxis, Digi, Celcom dan Umobile sahaja.
Alamat e-mel **
Alamat e-mel digunakan bagi medium penghantaran katalaluan sementara kepada pengguna apabila pengguna menekan link Lupa Katalaluan
Contoh:
ali84@treasury.gov.my
Pilihan cara menerima notifikasi perubahan kata laluan
Medium penghantaran mesej kepada anda yang mengandungi kata laluan sementara. Sila tick salah satu atau kedua-duanya.
** ANDA PERLU MENGISI SALAH SATU RUANGAN INI BAGI MEMBOLEHKAN SISTEM MENGHANTAR KATA LALUAN SEMENTARA
Setelah selesai anda mengisi semua maklumat tersebut, sila tekan butang “OK” dan skrin berikut akan dipaparkan.
Sila klik “Daftar Masuk”.
5. DAFTAR MASUK
Dengan klik butang “Daftar Masuk”, anda akan dapati skrin berikut dibawah dipaparkan. Sila masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.Setelah berjaya masuk, skrin berikut akan dipaparkan :
Sila beri ambil perhatian kepada peringatan bertulisan merah!
Seterusnya, klik Kemaskini untuk mengemaskini profil. Sila masukkan No H/P, Telco dan Alamat e-mel bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
Sekiranya kedua-dua ruangan No H/P dan Alamat e-mel tidak diisi, anda akan mendapat mesej berikut:
Dan sekiranya No H/P dan Alamat e-mel telah diisi tetapi ada tidak memilih mana-mana kotak notifikasi, anda akan mendapat kotak mesej berikut:
CARIAN MAKLUMAT
Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
Untuk memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.