Gaji polis YA1 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 - KPPA
SEMPORNA: Gaji seorang konstabel polis (YA1) adalah RM300 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah.
Katanya, kelebihan gaji diterima polis itu mengambil kira faktor keselamatan.
“Gaji maksimum polis (YA1) RM4,152 manakala penjawat awam Gred 19 hanya RM4,003.
“Jumlah emolumen minimum bagi seorang anggota polis (YA1) RM2,356 dan Gred 19 menerima RM2,067,” katanya ketika kepada pemberita sempena lawatan kerja rasmi sehari ke sini, hari ini.
Borhan mengulas lanjut berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang menyatakan beberapa elaun diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti elaun perumahan, kesengsaraan, Bayaran Insentif Tugas Am (BITA) serta kenaikan gaji tahunan masih ketinggalan.
Baca lagi
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/589517/gaji-polis-ya1-lebih-tinggi-berbanding-penjawat-awam-gred-19-kppa