Jenis-jenis majlis untuk rujukan pegawai perkhidmatan awam

Jenis-jenis majlis untuk rujukan pegawai perkhidmatan awam.


Apakah majlis Rasmi?

Sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan.

Apakah majlis Rasmi dan Formal?

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti hari bekerja dari Isnin sehingga Jumaat di pejabat, di luar pejabat, majlis penuh istiadat, majlis jamuan (malam atau hujung minggu iaitu di luar waktu rasmi bekerja). Majlis yang melibatkan pembesar Negara/Negeri dan menepati aspek protokol secara penuh.

Apakah majlis Rasmi dan Tidak Formal?

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti program turun padang, lawatan dan majlis perasmian. Terdapat sedikit kelonggaran dari segi protokol.

Apakah majlis Tidak Rasmi?

Merupakan majlis yang dianjurkan oleh Agensi-agensi Kerajaan /swasta yang tidak melibatkan peruntukan Kerajaan serta aspek protokol sepenuhnya.

Apakah majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal?

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan seperti individu atau pertubuhan/kelab. Majlis dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada Senarai Keutamaan Persekutuan dan Negeri (rujuk senarai yang terkini).

Apakah majlis Separa Rasmi?

Majlis/aktiviti seperti kejohanan sukan dan riadah di mana sebahagian sumber peruntukan dari Kerajaan dan sebahagiannya daripada sumbangan oleh wang kelab sukan atau pertubuhan.

Post a Comment

Previous Post Next Post