Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi IPGM

Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi IPGM


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Datuk Dr. Amin Senin hari ini mewakili Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik merasmikan Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau yang membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan berkata, warga pendidik perlu mencipta kejayaan dalam mengetengahkan pelbagai idea penyelidikan dan projek inovasi.

Katanya, melalui pembelajaran abad ke-21, IPG memerlukan para pendidik yang mempunyai anjakan paradigma terhadap kaedah penyampaian di dalam bilik darjah.

"Penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan perlu mengambil kira proses pembelajaran dan pengajaran bilik darjah.

"Kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh kualiti yang terdapat dalam individu guru," kata beliau.

"Kemahiran pembelajaran abad 21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh anak didik untuk berdaya saing pada alaf baru. Pengajaran dan pembelajaran abad 21 juga menuntut agar guru lebih komited dan  kompeten  dalam  pelaksanaan kurikulum di sekolah tanpa mengabaikan penyelidikan dan inovasi," tambah beliau.

YBhg Datuk Dr. Amin turut melawat pameran inovasi yang telah dihasilkan oleh IPG berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

 Turut hadir Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), YBrs Dr. Jami'ah Mohamad.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2483148808390433&id=552890381416295

Post a Comment

Previous Post Next Post