Maksud Pencen Terbitan dan Cara Memohon

Apakah Pencen Terbitan dan bagaimana memohon Pencen Terbitan


Apakah Pencen Terbitan?

  • Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia. Formula penghitungan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.
  • Takrif anak menurut undang - undang pencen ialah anak yang di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin, termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Bagi anak yang cacat atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal serta tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, tiada had umur ditetapkan.
  • Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :
Balu/Balu-balu/Duda
2 syer bagi tiap-tiap seorang balu/duda

Anak-anak
1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.


Bagaimana Memohon Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan?

Tindakan Oleh Balu / Duda / Waris

Jika berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan, balu /duda / waris hendaklah mengambil tindakan berikut:

  • Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan
  • Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
  • salinan sijil kematian
  • salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan.  Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
  • salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
  • salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
  • dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
  • sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
  • Surat Akuan Pengesahan Penjaga [JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
  • Bekerjasama dengan Ketua Jabatan supaya semua dokumen untuk urusan pencen terbitan sampai ke Bahagian Pasca Perkhidmatan dalam tempoh 5 hari dari tarikh kematian.

Post a Comment

Previous Post Next Post