Maklumat Umum untuk Bakal Pesara / Pencen

Apakah yang perlu anda tahu sekiranya anda bakal bersara / pencen Perkhidmatan Kerajaan / Awam?


Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan bakal pesara dan orang tanggungan mengenai tanggungjawab mereka seperti berikut :

  • Memberi Kerjasama Melengkapkan Borang dan Dokumen
Bakal pesara atau orang tanggungan (bagi kes kematian dalam perkhidmatan) adalah bertanggungjawab memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan dalam melengkapkan segala butiran di dalam borang serta mengemukakan dokumen persaraan yang diperlukan.

  • Menyemak dan Mengesahkan Maklumat
Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan ke JPA adalah betul, tepat, terkini dan lengkap.

  • Mengemukakan Permohonan Pencen Hilang upaya atau Pencen Tanggungan
Bakal pesara adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan surat permohonan pencen hilang upaya melalui Ketua Jabatan sekiranya ada kaitan dengan persaraannya, manakala bagi pencen tanggungan pula orang tanggungan adalah dikehendaki mengemukakan surat permohonan melalui Ketua Jabatan gemulah untuk pertimbangan pembayaran pencen tanggungan oleh JPA sekiranya memenuhi syarat di bawah undang-undang pencen.

Peranan Dan Tanggungjawab Bakal Pesara

  • Menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
  • Buat opsyen memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Buat pengakuan ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
  • Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
  • Lengkapkan dan tandatangan Borang JPA.BP.SPPP.B01a dan pastikan alamat yang diberi adalah alamat tempat tinggal selepas bersara.
  • Pastikan akaun cukai pendapatan/pinjaman perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang Kerajaan lain
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan; dan
  • Pastikan Ketua Jabatan mengemukakan kertas-kertas persaraan kepada Bahagian Pencen JPA mengikut jadual masa yang ditetapkan.
  • Ringkasan fungsi dan tanggungjawab antara jabatan mengurus, bakal pesara, bank dan agensi lain dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.
 Sumber : JPA Pencen

Post a Comment

Previous Post Next Post