Maklumat Umum Sebagai Seorang Pesara

Apa yang patut anda tahu sekiranya anda seorang Pesara Kerajaan?


 1. Pesara hendaklah memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera jika berlaku :
  • pertukaran alamat, dan
  • perubahan status perkahwinan seperti perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri.
2. Jika pesara/penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d ( Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan).

3. Pesara yang ingin keluar negara untuk tempoh melebihi 3 bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk pengecualian syarat bermastautin di Malaysia.

4. Pesara dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan terakhirnya bagi memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini supaya tindakan penghitungan semula faedah persaraan dapat dibuat.

5. Jika pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal atau nombor akaun bank pesara/penerima pencen telah bertukar akibat kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumakan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengembalikan borang permohonan yg lengkap berserta salinan dokumen yang berkenaan dan alamatkan seperti berikut :

    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pasca Perkhidmatan,
    Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya, Malaysia.

    atau

    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
    Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
    Aras 2, Skytech Tower 2,
    MKN Embassy Techzone,
    Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    Telefon : 03-8887 8777
    Fax : 03-8887 8770
    Email : mypesara@kwap.gov.my

    * pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Nombor Akaun Bank"
    **pada penjuru kanan sebelah bawah

 surat sila catatkan "Pertukaran Alamat"

sumber : JPA Pencen 

Post a Comment

Previous Post Next Post