Soalan Lazim Bantuan One-Off RM500 Penerima Pencen Bawah RM1,000

SOALAN-SOALAN LAZIM BANTUAN ONE-OFF RM500 PENERIMA PENCEN BAWAH RM1,000 YANG BERKELAYAKAN





1. Siapakahyang layak menerima Bantuan One-Offini?

Penerima pencen di bawah RM1,000 yang berkelayakan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan“yang berkelayakan”?

 Yang berkelayakan bermaksud pesara/ penerima pencen yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2018.

3. Bilakah pembayaran bantuan ini dibuat?

Pembayaran  telah  dibuat  kepada  semua  yang  berkelayakan  mengikut rekod Jabatan Perkhidmatan Awam.

4. Saya adalah penerima BSH tetapi saya tidak menerima Bantuan One-Off ini.

Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui emel bantuanoneoff@jpa.gov.mydengan   mengemukakan   bukti   penerimaan BSH tersebut. Rayuan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 31 Mei 2019.

5. Saya  tidak  memohon  BSH  tetapi  saya  bergantung  kepada  pencen sahaja untuk sara hidup.

Jika  pendapatan  bulanan  isi  rumah  anda  adalah  RM4000  dan  ke  bawah, anda boleh membuat rayuan dengan mengisi borang seperti di Lampiran 1 dan  dihantarkan  melalui  emelbantuanoneoff@jpa.gov.my. Rayuan  perlu dikemukakan selewat-lewatnya 31 Mei 2019.

6. Saya  adalah  pasangan/  anak  kepada  pesara  yang  telah  meninggal dunia  dan  menerima  pencen  terbitan.  Adakah  saya  layak  menerima bantuan ini?

Layak.   Sekiranya   jumlah  pencen   gemulah   sebelum  dipecahkan   syer kepada   tanggungan   yang   layak   masih   di   bawah RM1,000.   Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk samada anda penerima BSH tahun 2018 atau pun tidak.

7. Saya merupakan seorang pesara awam dari sebuah badan berkanun/ penswastaan/  kuasa  tempatan,  adakah  saya  juga  layak  menerima Bantuan One-Offini sekiranya pencen saya di bawah RM1,000?

Ya,    semua    pesara    awam    termasuklah    pesara    badan    berkanun/ penswastaan/ kuasa tempatan yang menerima BSH tahun 2018juga layak dibayar Bantuan One-Offini.

8. Saya  dan  pasangan  adalah  penerima pencen  di  bawah  RM1,000. Adakah  saya  dan  pasangan  mendapat  RM500  setiap  orang  atau seorang sahaja yang layak?

Pembayaran  Bantuan One-Offini  mengambilkira  pendapatan  isi  rumah. Sehubungan itu seorang sahaja yang akan dibayar Bantuan One-Offini.

9. Sekiranya saya masih mempunyai pertanyaan berkenaan pembayaran ini,siapakah yang boleh saya hubungi?

Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran Bantuan ini boleh diajukan ke talian 03-8885 4648/ 4432/ 4667 atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post