Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Pendidikan di dalam Skim Perkhidmatan Gred D
1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Bertanggungjawab mengajar, menyediakan khidmat perundingan untuk pelajar dan pihak luar, menyelia projek, tesis dan kertas kerja pelajar, menjalankan penyelidikan, menerbitkan jurnal, artikel, buku dan sebarang bentuk penerbitan berkaitan, memberi khidmat kemasyarakatan dan khidmat profesional, membantu membangunkan potensi dan sahsiah pelajar dan mengurus aktiviti berkaitan akademik.
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
-
3. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional
4. Penolong Pensyarah UiTM
Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus, melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Bertanggungjawab terhadap aspek-aspek berikut :
i. Pengajaran dan pembelajaran (Kurikulum).
ii. Ko-kurikulum (Sukan/ Kelab/ Persatuan/ Badan Beruniform).
iii. Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan/ Kebajikan/ Kesihatan/ Bina Insan/ Sistem Maklumat Murid/ Koperasi/ Lawatan).
iv. Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran serta Kewangan.
v. Pembangunan Fizikal.
vi. Pembangunan Staf.
vii. Hubungan Komuniti.
6. Pensyarah Perubatan
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan.
7. Pensyarah Universiti
-
8. Pensyarah Pergigian
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan/ pergigian.
9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
i. Pengurusan pelajar
ii. Pengurusan organisasi
iii. Pengurusan dasar
iv. Penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat
v. Jaringan dan kolaborasi
vi. Pengurusan sumber manusia
10. Guru Bahasa
Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti program bahasa, termasuk memilih peserta, mengajar, menilai peserta-peserta kursus, di samping membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan latihan.
11. Pensyarah UiTM
Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial/ menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus, melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
12. Pensyarah Farmasi
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan. Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial/ menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.