Ringkasan Tugas Perkhidmatan Sains (C)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Sains di dalam Skim Perkhidmatan Gred C



1.    Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar

    Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya, pemeriksaan alat-alat pembakaran bahan api, loji pengolahan efluen dan kawalan pencemaran alam sekitar.

2.    Penolong Pegawai Makmal Filem

    Bertanggungjawab menyelia dan melaksanakan tugas-tugas makmal filem secara cekap dan berkesan (profesional), menyelia dan menjalankan tugas bancuhan kimia, analisis kimia, pemprosesan, percetakan, perkhidmatan bilik negatif, larasan filem dan penilaian kualiti produk dengan cekap dan berkesan melalui kawalan mutu yang rapi supaya mematuhi standard kualiti yang ditetapkan serta memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholders.

3.    Penolong Pegawai Teknologi Makanan

    Bertanggungjawab menjalankan analisis sampel makanan, menyediakan bahan-bahan media dan kimia serta peralatan analisis, menjalankan kawalan mutu ke atas bahan media dan kimia, mengeluarkan laporan analisis sampel makanan dan melupuskan sampel makanan, bahan toksik dan patogenik mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

4.    Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

    Bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang perbelanjaan, merancang menu, menyelia pengendalian makanan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan. Perolehan bahan makanan mentah basah/ kering, peralatan dapur, pengurusan penyimpanan stor makanan mentah basah/ kering serta memantau penyelengaraan peralatan dapur dan kebersihan kawasan persekitaran premis penyediaan makanan. Memberi khidmat nasihat dalam pembangunan perkhidmatan makanan, perancangan premis dan peralatan dapur serta khidmat kepakaran analisis dan kawalan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.

5.    Penolong Pegawai Sains

    Bertanggungjawab membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan sains dan teknologi nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear serta membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti makmal terutama dalam perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) makmal.

6.    Penolong Pegawai Meteorologi

    Bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.

7.    Pembantu Kaji Bumi

    Bertanggungjawab membantu menjalankan penyiasatan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar/ mineralogi dan petrologi/ paleontologi/ sedimentologi/ statistik mineral perindustrian/ penderiaan jauh secara profesional. Membantu dalam penyediaan peta tematik, laporan teknikal dan pangkalan data yang berkualiti.

8.    Pembantu Makmal

    Bertanggungjawab membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.

9.    Pembantu Galian

    Bertanggungjawab bagi membantu mengawal selia operasi perlombongan dan pengkuarian dan industri berkaitan supaya dapat berjalan dengan cara yang selamat, efisyen dan sistematik serta mengambil kira kesejahteraan nyawa, harta benda dan persekitaran.

10.    Pembantu Makmal Filem

    Bertanggungjawab membantu dan melaksanakan tugas-tugas makmal filem secara cekap dan berkesan, membantu dan menjalankan tugas bancuhan kimia, analisis kimia, pemprosesan, percetakan, perkhidmatan bilik negatif, larasan filem dan penilaian kualiti produk dengan cekap dan berkesan melalui kawalan mutu yang rapi supaya mematuhi standard kualiti yang ditetapkan serta memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholders.

11.    Penolong Pegawai Geosains

12.    Pembantu Geosains

13.    Pegawai Makmal Filem

    Bertanggungjawab merancang, mengurus, mentadbir dan mengendalikan operasi makmal filem secara profesional, mengurus dan memantau pelaksanaan tugas-tugas perkhidmatan makmal filem (pemprosesan, percetakan, perkhidmatan bilik filem negatif, larasan filem dan penilaian kualiti) dengan cekap dan berkesan melalui kawalan mutu yang rapi supaya mematuhi standard kualiti yang ditetapkan serta memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholders.

14.    Pegawai Kawalan Alam Sekitar

    Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984, menyumbang khidmat teknikal berkaitan pengurusan alam sekitar di peringkat nasional dan antarabangsa, mendidik dan meningkatkan kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

15.    Pegawai Teknologi Makanan

    Bertanggungjawab sebagai perancang Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Negara. Menerajui bidang dalam keselamatan makanan seperti Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), ISO 9000, risk analysis, predictive microbiology, bioteknologi termasuk genetic engineering. Di peringkat antarabangsa, pegawai memberi sumbangan teknikal bagi merealisasi hasrat negara untuk menjadi pemimpin dan menerajui dalam menangani isu keselamatan makanan yang dibincangkan di mesyuarat Codex, SPS, APEC dan ASEAN, melindungi kepentingan negara dan mempromosikan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Negara. Turut bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pensijilan halal termasuk bahagian permohonan, pemeriksaan dan pemantauan dari aspek-aspek teknikal, kebersihan dan sanitasi, memastikan keselamatan makanan, menjalankan penyelidikan dan menyelaras latihan.

16.    Pegawai Kimia Bumi

    Bertanggungjawab mengendalikan penyelidikan dan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya dan mengeluarkan sijil analisis yang berkaitan. Memberi khidmat nasihat mengenai kerja-kerja analisis serta mengendalikan kawalan kualiti MS ISO/ IEC 17025 di samping melatih Pembantu Makmal.

17.    Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/ Kaji Bumi)

    Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral berlogam/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar/ mineralogi dan petrologi/ paleontologi dan stratigrafi/ sedimentologi/ statistik mineral perindustrian/ penderiaan jauh secara profesional. Menyediakan peta tematik, laporan teknikal dan pangkalan data yang berkualiti. Memberi khidmat nasihat teknikal dan kepakaran dengan cekap dan berkesan memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholders.

18.    Pegawai Galian

    Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral berlogam/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar/ mineralogi dan petrologi/ paleontologi dan stratigrafi/ sedimentologi/ statistik mineral perindustrian/ penderiaan jauh secara profesional. Menyediakan peta tematik, laporan teknikal dan pangkalan data yang berkualiti. Memberi khidmat nasihat teknikal dan kepakaran dengan cekap dan berkesan memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholders.

19.    Pegawai Meteorologi

    Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca dan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.

20.    Pegawai Sains

    Bertanggungjawab dalam memastikan pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan beroperasi dengan efisien. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar memastikan pengurusan kawalan kualiti, pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi, mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia.

21.    Pegawai Penyediaan Makanan

    Bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehan bahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikan makanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Bertanggungjawab dalam pengurusan perolehan bahan makanan basah/ mentah dan kering, pengurusan penyimpanan makanan, pra-penyediaan memasak dan penghidangan makanan untuk memastikan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Menyelia anggota di bawah jagaan untuk memastikan mematuhi disiplin, tatacara pelaksanaan tugas dan peraturan keselamatan pekerjaan.

22.    Pegawai Geosains
-

Post a Comment

Previous Post Next Post