Ringkasan Tugas Perkhidmatan Bakat dan Seni (B)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Bakat dan Seni di dalam Skim Perkhidmatan Gred B




1.    Penerbit Rancangan

    Bertanggungjawab menjalankan tugas dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak Jabatan di samping menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan format dan skrip persembahan dengan cekap dan berkesan serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pegawai dalam kumpulan Bakat dan Seni.

2.    Pegawai Kebudayaan

    Bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya serta pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.

3.    Ahli Muzik

    Bertanggungjawab dalam menggubah lagu, bermain alat muzik untuk latihan dan persembahan, menjadi pemain orkestra dan memimpin orkestra.

4.    Pereka

    Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahan dan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan-bahan penerbitan dan trofi. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan sidang media.

5.    Artis Budaya

    Bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai Artis Budaya dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksana dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak jabatan. Menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan tarian, nyanyian dan lakonan untuk persembahan dengan cekap dan berkesan.

6.    Jurufotografi

    Bertanggungjawab mengambil foto, mengedit, menyediakan caption dan menghantar foto aktiviti rasmi dan tidak rasmi untuk rujukan dan simpanan. Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas, menyediakan peralatan, menjaga kebersihan studio dan bilik gelap serta menjaga keselamatan peralatan di dalam dan di luar jabatan.

7.    Jurusolek

    Bertanggungjawab dalam membuat solekan ke atas artis untuk persembahan dan produksi.

Post a Comment

Previous Post Next Post