Ringkasan Tugas Perkhidmatan Pengangkutan (A)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Pengangkutan di dalam Skim Perkhidmatan Gred A




1.    Pemandu Lokomotif

    Bertanggungjawab menjalankan Operasi, Pemanduan, Penjagaan dan Pembersihan semua Lokomotif (Stokereta) yang digunakan dalam perkhidmatan keretapi berdasarkan arahan dan jadual yang ditetapkan dan memastikan semua Lokomotif (stokereta) yang digunakan berada dalam keadaan selamat, selesa sebelum mula beroperasi, semasa di bawah kawalan (dalam operasi) dan selepas operasi (dikembalikan ke bengkel).

2.    Pemeriksa Kereta Motor
-

3.    Pemandu Lokomotif

    Bertanggungjawab menjalankan tugas memandu tren penumpang, barang, EMU, lokomotif tunggal dan enjin lansir.


4.    Penolong Pegawai Laut

    Bertanggungjawab membantu dalam menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.


5.    Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

    Bertanggungjawab kepada Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996).


6.    Penolong Pemeriksa Kapal Terbang

    Bertanggungjawab untuk memantau penyelenggaraan pesawat jabatan yang di selenggara oleh syarikat swasta agar menurut piawaian yang disediakan dan menggunakan pesawat tersebut untuk menjalankan pemeriksaan atas peralatan-peralatan navaids seperti yang dijadualkan (kalibrasi) agar semua peralatan tersebut menepati piawaian antarabangsa (ICAO) yang telah ditetapkan dan selamat untuk digunakan oleh pesawat-pesawat awam.


7.    Pembantu Laut

    Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran dan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.


8.    Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang

    Bertanggungjawab menentukan penerbangan awam dijalankan dengan selamat melalui pengawasan aktiviti pelesenan semua ahli udara dan Flight Dispatcher penerbangan awam, pengeluaran sijil pengesuha udara yang menjalankan aktiviti penerbangan awam, menentukan ahli udara dan kapal udara kompeten dan selamat melalui ujian penerbangan dan menjalankan penyiasatan kemalangan udara apabila perlu.


9.    Pegawai Kawalan Trafik Udara

    Bertanggungjawab merangka dan melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996) agar sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan lancar.


10.    Pegawai Laut

    Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut, menguruskan pelaksanaan latihan, penyelidikan dan pengurusan data statistik khususnya berkaitan dengan industri perkapalan dan pengangkutan laut.


11.    Pemeriksa Kapal Terbang

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas certifikasi, kelulusan kejuruteraan, pembuatan kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi), uji terbang, pendaftaran kapal udara, memperakui keselamatan terbang, kelulusan Air Operator’s Certificate, kelulusan organisasi penyenggaraan, pemeriksaan kapal udara dan pelesenan jurutera penyenggaraan.

Post a Comment

Previous Post Next Post