Ringkasan Tugas Perkhidmatan Pertanian (G)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Pertanian di dalam Skim Perkhidmatan Gred G


1.    Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

2.    Pembantu Hidupan Liar
-

3.    Pengawas Hutan

    Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

4.    Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan

    Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah/ Negeri dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara sistematik sejajar dengan peraturan dan dasar kerajaan.

5.    Penolong Pegawai Veterinar

    Bertanggungjawab membantu Pegawai Veterinar dalam menjalankan program pembiakan, mengendalikan rekod-rekod haiwan makmal. Membantu Pegawai Veterinar dalam pembedahan (bedah siasat) termasuk pemprosesan spesimen serta merekodkan keputusannya. Membantu Pegawai Veterinar dalam rawatan haiwan-haiwan yang memerlukannya dan dalam penyelidikan yang dijalankan.

6.    Penolong Pegawai Pertanian

    Bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan Projek Perladangan Berkelompok. Selain itu, bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog/kursus latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.

7.    Penolong Pegawai Perikanan

    Bertanggungjawab menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kehendak antarabangsa dan kepentingan negara. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.

8.    Penolong Pegawai Hidupan Liar

    Bertanggungjawab menguruskan sumber kepelbagaian biodiversiti di dalam kawasan perlindungan, menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/1972, menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar melalui pengurusan hidupan liar secara in-situ dan ex-situ, membangunkan sumber rekreasi exco pelancongan di dalam kawasan perlindungan dan menguruskan program latihan dan kesedaran awam.

9.    Penolong Pegawai Rancangan Tanah

    Bertanggungjawab melaksanakan program kerja pengurusan rancangan, menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, meliputi aktiviti kebersihan ladang, pembajaan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti pentadbiran dan pembangunan masyarakat.

10.    Penolong Pengurus Taman/ Ladang

    Bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan saintifik mengenai biodiversiti dan memastikan penyelidikan mengikut keperluan semasa atau keperluan jangka panjang, mengawal dan memantau aktiviti penyelidikan luar, mengumpul dan mengurus koleksi spesimen herbarium dan muzium, membangunkan pengisian pusat-pusat maklumat (galeri), menyelaras perancang aktiviti pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan, merancang pembangunan kebun pemuliharaan ex-situ.

11.    Pembantu Veterinar

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Pelaksana, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan berkaitan.

12.    Penyelia Rancangan Tanah

    Bertanggungjawab menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, kebersihan ladang, pembajakan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit.

13.    Pembantu Perikanan

    Bertanggungjawab membantu merancang, merumus dan menyelaras pembangunan sektor perikanan negara secara berkesan ke arah merealisasikan misi, visi dan objektif jabatan. Membantu menyediakan perancangan sektoral dan strategik yang mantap serta relevan bagi mendukung pembangunan sektor perikanan negara. Bertanggungjawab untuk mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan. Bertanggungjawab membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan projek-projek akuakultur bagi merealisasikan sasaran pengeluaran ikan melalui aktiviti akuakultur.

14.    Pembantu Taman/ Ladang

    Bertanggungjawab membantu melaksanakan penyelidikan saintifik mengenai biodiversiti dan memastikan penyelidikan mengikut keperluan semasa atau keperluan jangka panjang, mengawal dan memantau aktiviti penyelidik luar, mengumpul dan mengurus koleksi spesimen herbarium dan muzium, membangunkan pengisian pusat-pusat maklumat (galeri), menyelaras perancang aktiviti pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan, merancang pembangunan kebun pemuliharaan ex-situ.

15.    Pemelihara Hutan

    Bertanggungjawab merancang, menyelia, mengurus dan mengawal sumber hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara berkekalan termasuk melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, menguatkuasakan undang-undang hutan, menyedia dan menyelaras projek perancangan dan pembangunan hutan, mengendalikan audit dalaman MS ISO dan Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I), menjalankan penyelidikan dan kajian-kajian ekonomi perhutanan, mengendalikan latihan dan kursus jabatan, melibatkan diri dalam persidangan antarabangsa berkaitan dengan perhutanan serta memberi khidmat nasihat berkaitan hal perhutanan di peringkat persekutuan dan negeri.

16.    Pegawai Pertanian

    Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menilai program pertanian serta menyediakan khidmat perundingan Teknikal Pertanian dan Perniagaan Tani serta penguatkuasaan Akta Tumbuhan 1976 dan 1981 untuk pelabur dari dalam dan luar negara. Menyediakan pakej Teknologi Pengeluaran Kejenteraan Ladang, maklumat-maklumat pelbagai jenis tanah bagi projek-projek pertanian supaya menepati objektif yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara. Bertindak sebagai urus setia kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai pembangunan kerjaya pegawai-pegawai profesional dan sokongan jabatan.

17.    Pegawai Perikanan

    Bertanggungjawab menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kepentingan negara dan kehendak antarabangsa. Bertanggungjawab merumus dasar dan strategi pembangunan serta pengurusan sektor akuakultur negara, mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien serta menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.

18.    Pegawai Hidupan Liar

    Bertanggungjawab menguruskan sumber kepelbagaian biodiversiti di dalam kawasan perlindungan, menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/1972, menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar melalui pengurusan hidupan liar secara in-situ dan ex-situ, membangunkan sumber rekreasi exco pelancongan di dalam kawasan perlindungan, menguruskan program latihan dan kesedaran awam dan menjalankan penyelidikan kepelbagaian biodiversiti jabatan.

19.    Pegawai Veterinar

    Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguatkuasakan undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat kuarantin dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan jabatan dan tugas pentadbiran jabatan yang lain.

20.    Pengurus Taman/ Ladang

    Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya.

21.    Pegawai Rancangan Tanah

    Bertanggungjawab menguruskan Pejabat Rancangan serta merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti kerja untuk urusan pentadbiran, urusan kebun, urusan peneroka, dan urusan pembangunan usahawan, menganggotai jawatankuasa yang berkaitan dan menyediakan laporan-laporan dan analisis berhubung dengan prestasi Rancangan.

Post a Comment

Previous Post Next Post