Ringkasan Tugas Perkhidmatan Sistem Maklumat (F)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Sistem Maklumat di dalam Skim Perkhidmatan Gred F

1.    Pegawai Teknologi Maklumat

    Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

2.    Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

    Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

3.    Juruteknik Komputer

    Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

Post a Comment

Previous Post Next Post