Ringkasan Tugas Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (Q)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan di dalam Skim Perkhidmatan Gred Q



1.    Pegawai Penyelidik

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.

2.    Penolong Pegawai Penyelidik

    Bertanggungjawab membantu Pegawai Penyelidik menjalankan penyelidikan secara profesional dan berkualiti, menulis laporan, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat. Membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara). Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara. Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna.

3.    Pembantu Penyelidik

    Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara). Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara. Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna. Membantu melaksanakan komponen-komponen kerja dan memberi khidmat kepakaran bidang remote sensing dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotai di peringkat kebangsaan, negeri dan sebagainya. Membantu melaksanakan penerimaan dan pembekalan secara bersepadu imej satelit remote sensing dan data spatial yang dibangunkan. Membantu melaksanakan aktiviti promosi teknologi kepada agensi pengguna, pelajar dan orang awam.


Post a Comment

Previous Post Next Post