Ringkasan Tugas Perkhidmatan Sosial (S)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Sosial di dalam Skim Perkhidmatan Gred S


1.    Pegawai Arkib

    Bertanggungjawab mengesan institusi-institusi/ orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

2.    Perancang Bahasa

    Bertanggungjawab mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

3.    Kurator

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

4.    Pegawai Psikologi

    Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada pelanggan.

5.    Pegawai Antidadah

    Bertanggungjawab dalam memimpin bahagian dalam mencapai misi, visi dan objektif organisasi, merancang, membantu dan menggerak dasar serta memastikan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan berkaitan dadah.

6.    Pustakawan

    Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan serta penyeliaan kakitangan sokongan.

7.    Pegawai Penerangan

    Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai pegawai perhubungan awam di kementerian/ jabatan.

8.    Pegawai Belia dan Sukan

    Bertanggungjawab merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat kementerian/ jabatan. Fungsi tugas termasuk memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

9.    Pegawai Perhubungan Perusahaan

    Bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar perburuhan, pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan, merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.

10.    Pegawai Berita

    Bertanggungjawab mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan (contoh: Berita Harian, Utusan, NSTP) daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat.

11.    Pegawai Kesatria

    Bertanggungjawab merancang dan memberi perkhidmatan dalam usaha-usaha pembangunan pelajar untuk melahirkan graduan yang berperibadi murni, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri, patriotik, bertakwa dan berdaya saing melalui pengurusan dan perlaksanaan kokurikulum pelajar serta tugas-tugas pentadbiran jabatan yang berkaitan.

12.    Pegawai Pembangunan Masyarakat

    Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program latihan dan kursus-kursus kemahiran di peringkat komuniti desa dan antarabangsa, menyelaras perbelanjaan program latihan, menyediakan laporan analisis dan pangkalan data latihan luar bandar dan antarabangsa, merancang, membangun dan menyemak modul-modul latihan luar bandar, menyelaras kajian dan penyelidikan agensi-agensi di bawah kementerian, merangka dan menerbitkan jurnal penyelidikan, laporan tahunan, majalah, buletin, membuat kajian penilaian outcome jabatan dan kementerian, mentadbir urus organisasi, personel dan kewangan, membangunkan pengupayaan kumpulan sasar, menguruskan pusat bertauliah untuk program persijilan yang diiktiraf.

13.    Pegawai Hal Ehwal Islam

    BERTANGGUNGJAWAB KEPADA
    1. Pengarah/Setiausaha Bahagian
    2. Ketua Penolong Pengarah/Ketua Penolong Setiausaha

    DESKRIPSI TUGAS:

    Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.

    SENARAI TUGAS:

    1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

    2. Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

    3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

    4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.

    5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.

    6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

    7. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

14.    Pegawai Komunikasi Strategik

    Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, portal dan sebagainya.

15.    Penolong Pustakawan

    Bertanggungjawab melaksana program dan mengendalikan pembangunan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan melaksanakan aplikasi ICT di perpustakaan.

16.    Penolong Perancang Bahasa

    Bertanggungjawab membantu mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

17.    Penolong Pegawai Arkib

    Bertanggungjawab menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/ persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan.

18.    Penolong Pegawai Psikologi

    Bertanggungjawab membantu pelaksanaan program-program psikologi/ kaunseling kepada pelanggan.

19.    Penolong Pegawai Belia dan Sukan

    Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/ projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

20.    Penolong Kurator

    Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.

21.    Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

    BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :

    1. Ketua Penolong Pengarah
    2. Penolong Pengarah

    DESKRIPSI TUGAS:

    Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

    Ibu Pejabat( S29/1 )

    1. Membantu pegawai merancang program keagamaan untuk semua Institusi.
    2. Membantu pegawai merangka dan menyelaras sistem pembelajaran keagamaan yang bersepadu.
    3. Membantu pegawai menilai keberkesanan program.
    4. Membantu pegawai menyediakan kertas kerja atau cadangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi Unit Agama.
    5. Membantu pegawai menasihati institusi dalam masalah keagamaan yang dihadapi.
    6. Membantu pegawai mengeluarkan surat rayuan sumbangan derma di bulan Ramadhan.
    7. Membantu pegawai mengeluarkan surat arahan berkaitan urusan zakat fitrah.
    8. Menyediakan laporan program dan aktiviti.
    9. Memberi khidmat nasihat kepada pegawai dan kakitangan.
    10. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
    11. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

    Ibu Pejabat ( S29/2 )

    1. Membantu pegawai merancang dan menyelaras ceramah-ceramah dari institusi keagamaan.
    2. Membantu pegawai menerbitkan risalah keagamaan, buletin kerohanian, khutbah Jumaat, Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
    3. Membantu pegawai melaksanakan ceramah di institusi.
    4. Membantu pegawai membuat lawatan ke institusi untuk menentukan arahan Unit agama dilaksanakan dan mengetahui masalah lebih dekat.
    5. Membantu pegawai merancang program latihan yang bersesuaian kepada guru agama dan pembantu guru agama.
    6. Membantu pegawai menyelia dan memastikan pembantu guru agama di setiap institusi mencukupi dan berfungsi.
    7. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
    8. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
    9. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

    Institusi

    1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam di Institusi seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
    2. Mengatur dan menyusun jadual pelaksanaan program dan aktiviti agama di Institusi.
    3. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
    4. Menyelia dan memantau perjalanan kelas agama fardhu ain dan kelas Al-Quran yang dikendalikan oleh Pembantu Guru Agama.
    5. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
    6. Menyediakan laporan program dan aktiviti.
    7. Menyediakan artikel agama.
    8. Memberi panduan dan nasihat kepada institusi dalam aspek berkaitan Agama Islam.
    9. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

22.    Penolong Pegawai Kesatria

    Bertanggungjawab menyelia dan mengawasi kursus kokurikulum badan beruniform pelajar, pengukuhan silibus kokurikulum dan membantu tugas-tugas pentadbiran unit.

23.    Penolong Pegawai Penerangan

    Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.

24.    Penolong Pegawai Antidadah

    Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.

25.    Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan

    Bertanggungjawab mengendali kes buruh serta memastikan para majikan mematuhi dan melaksanakan undang-undang yang berkaitan dengan perburuhan melalui lawatan serta pemeriksaan dari semasa ke semasa.

26.    Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

    Bertanggungjawab membantu dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan program jabatan, latihan, kemahiran, penyelidikan, pembangunan komuniti, pengurusan desa, kajian, penilaian ‘outcome’ program pembangunan kemasyarakatan, urusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan, perolehan, bajet, urusan dokumentasi, penerbitan dan publisiti.

27.    Wartawan

    Bertanggungjawab mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan (contoh: Berita Harian, Utusan, NSTP) daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat.

28.    Pembantu Belia dan Sukan

    Bertanggungjawab melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat kementerian/ negeri/ jabatan/ daerah.

29.    Pembantu Arkib

    Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.

30.    Pembantu Kesatria

    Bertanggungjawab membantu menyelaras kursus kokurikulum badan beruniform, menyelia/mengawal jurulatih kawad dan pelajar, menyelenggara peralatan logistik kokurikulum dan membantu tugas-tugas pentadbiran unit.

31.    Pembantu Penerangan

    Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerangan Daerah/ Penolong Pegawai Penerangan melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpul dan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan.

32.    Pembantu Pemuliharaan

    Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemuliharaan manuskrip dan penjilidan buku nadir, rekod kerajaan, surat persendirian, peta, surat perjanjian dan gambar dan tumpuan kepada bahan yang penting dan mempunyai nilai sebagai bahan warisan khazanah negara, memberi latihan, khidmat nasihat serta rundingan dalam dan luar jabatan dan penyediaan laporan.

33.    Pembantu Antidadah

    Bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.

34.    Pembantu Hal Ehwal Islam

    BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :

    1. Penolong Pengarah/Penolong Setiausaha 2. Penolong Pegawai

    DESKRIPSI TUGAS

    Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

    SENARAI TUGAS: Pegawai Kader:

    1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan Pendekatan Hadhari (PH), Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    2. Bertanggungjawab menguruskan program Hadhari dan Pembangunan Insan berkaitan Kursus Tasawwur Islam, Kursus Bina Taqwa dan Kursus Bina Insan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan Pendekatan Hadhari, Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    7. Mengajar penghuni agama Islam asa-asas fardhu ain dan al-Quran.
    8. Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan agama Islam di institusi
    9. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti keagamaan yang diaturkan dan ditetapkan oleh institusi.
    10. Membantu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam menyediakan laporan aktiviti program agama Islam
    11. Membantu menyediakan bahan-bahan untuk teks khutbah Jumaat.
    12. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni beragama Islam.
    13. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

35.    Pembantu Perhubungan Perusahaan

    Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat/ kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan/ perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.

36.    Pembantu Pembangunan Masyarakat

    Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah.

    Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

37.    Pembantu Pustakawan

    Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk pinjaman antara perpustakaan.

38.    Pembantu Muzium

    Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan koleksi muzium serta galeri pameran, membantu kerja-kerja pengumpulan koleksi penyelidikan (sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi) serta penyediaan pameran, ekskavasi arkeologi, konservasi dan sebagainya.

Post a Comment

Previous Post Next Post