9 Pengawal Keselamatan ditahan dalam operasi JPNM

SEMBILAN pengawal keselamatan bertugas di Kompleks Mahkamah Shah Alam ditahan dalam Operasi Terancang Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) Bilangan 6/2019 di Shah Alam, semalam.


Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Nooruladzim Ateman berkata, operasi bermula 5 petang itu menyasarkan pengawal keselamatan yang berkerja di kompleks mahkamah berkenaan.

“Seramai 16 pengawal keselamatan bertugas di kompleks mahkamah berkenaan diperiksa dan daripada jumlah itu, sembilan individu termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan.

“Tujuh daripada mereka ditahan kerana didapati memiliki kad pengenalan palsu, manakala dua lagi didapati memiliki kad pengenalan milik orang lain,” katanya pada sidang media selepas mengetuai operasi berkenaan, malam tadi.

Nooruladzim berkata, semua individu ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(E) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2710884152265534&id=195105060510135

Post a Comment

Previous Post Next Post